PUTRAJAYA: Buat julung kalinya dalam sejarah Jabatan Penjara Malaysia, empat calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari Sekolah Integriti (SI) dan Sekolah Henry Gurney (SHG) mendapat keputusan cemerlang gred A+, A dan A-, dalam semua mata pelajaran yang diambil.
Pengarah Pengurusan Banduan Jabatan Penjara Komisioner Hafidz Osman berkata daripada jumlah itu, tiga calon mendapat lapan A dan seorang mendapat enam A.
Menurut Hafidz, kesemuanya yang terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan berusia antara 17 hingga 21 tahun, adalah calon daripada SI Integriti Marang, Terengganu; SI Kluang, Johor; SI Puncak Alam, Selangor dan SHG Telok Mas, Melaka.
"Tahun ini kita ada 74 calon (SPM) dari tujuh SI dan tiga SHG. Daripada jumlah itu, kita mencapai keputusan yang terbaik dalam tempoh lima tahun ini, dengan semua calon yang menduduki SPM tahun lepas lulus atau layak mendapat sijil," katanya kepada media selepas sidang media pengumuman keputusan peperiksaan SPM Tahun 2023 di sini hari ini.
Hafidz berkata kejayaan yang dilakar itu diperoleh hasil inisiatif dan kerjasama erat antara jabatan dan Kementerian Pendidikan (KPM) yang menghantar guru-guru terlatih ke SI dan SHG di seluruh negara.
"Penghuni-penghuni SI dan SHG ini telah mendapat bimbingan secara terus daripada guru yang berkelayakan dari KPM.
"Kebanyakan calon SPM 2023 SI dan SHG adalah lelaki dan mereka ditempatkan di sekolah itu atas pelbagai kesalahan juvana dan penyalahgunaan dadah," katanya.
Ditanya hala tuju calon cemerlang ini, Hafidz berkata pihaknya akan menggalakkan mereka untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi menerusi kerjasama dengan beberapa universiti dan kolej.
"Ini menunjukkan bahawa Jabatan Penjara bukan sekadar nak menghukum, tetapi lebih daripada itu dan kita cuba beri peluang yang lebih baik kepada mereka dari segi pendidikan.
"Sebab kita tahu mereka ini anak-anak muda yang mungkin tersasar sedikit dari landasan kehidupan dan kita akan bantu mereka untuk kembali ke landasan yang sebenarnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 27 2024
Buat julung kalinya dalam sejarah Jabatan Penjara Malaysia, empat calon SPM dari Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney mendapat keputusan cemerlang gred A+, A dan A-, dalam semua mata pelajaran yang diambil. -Gambar fail/Bernama
Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
KPM tetap teruskan peperiksaan SPM, sedia hadapi gelombang kedua banjir
KPM telah bersedia sepenuhnya untuk meneruskan peperiksaan SPM sekiranya berlaku gelombang kedua banjir, dengan persediaan itu dilakukan sejak Oktober lepas.
Calon SPM resah boleh menyebabkan minda buntu ketika peperiksaan - Pakar
Emosi calon-calon peperiksaan yang resah, gelisah dan bimbang boleh menyebabkan minda mereka buntu, seterusnya menjejaskan prestasi mereka.
Banjir: Tiada keperluan adakan sesi kedua SPM - Fadhlina
Tiada keperluan untuk mengadakan sesi kedua peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 kerana kehadiran calon untuk Ujian Bertutur Bahasa Melayu sangat memberangsangkan.
Banjir: Ada hikmah teruskan SPM, pelajar tinggal di asrama lebih fokus - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong tindakan Kementerian Pendidikan memindahkan calon SPM yang terjejas banjir ke asrama yang dilihat sebagai langkah tepat.
Jangan polemikkan isu SPM diteruskan - NUTP
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) berharap masyarakat tidak mempolemikkan isu pelaksanaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut jadual.
Pelajar terkesan banjir diberi kelonggaran hadiri ujian lisan SPM - Fadhlina
Fadhlina berkata kementerian kini memberikan fokus kepada fasa pembugaran emosi bagi mempersiapkan mental pelajar yang terkesan akibat banjir menghadapi peperiksaan itu.
Banjir: Ujian lisan Bahasa Melayu di seluruh negara berjalan lancar, baik - Fadhlina
Perjalanan calon Sijil Pelajaran Malaysia yang menduduki ujian lisan Bahasa Melayu pada hari ini di seluruh negara berjalan dengan lancar, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Banjir: Tiada calon SPM bawah KPM terkandas - KP Pendidikan
Tiada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berdaftar bawah Kementerian Pendidikan (KPM) terkandas untuk menduduki ujian lisan bahasa Melayu yang bermula hari ini akibat banjir.
Banjir: Tarikh peperiksaan SPM tak akan dilewatkan, KPM yakin mampu urus
Tiada keperluan untuk melewatkan tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) susulan peralihan monsun yang menyebabkan banjir berlaku di beberapa negeri pada hujung tahun.
Banjir: KPM pertimbang SPM dianjak luar musim tengkujuh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mempertimbangkan cadangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dianjak ke luar musim tengkujuh.