NATIONAL
SPM 2024: 14,179 calon peroleh semua A
Azman berkata angka ini menunjukkan peningkatan lebih baik berbanding tahun sebelum ini iaitu 11,713 calon atau 3.1 peratus. - Foto fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Seramai 14,179 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 atau 3.7 peratus memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran.
Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Azman Adnan berkata angka ini menunjukkan peningkatan lebih baik berbanding tahun sebelum ini iaitu 11,713 calon atau 3.1 peratus.
“Nampaknya ia menunjukkan peningkatan 2,466 calon, iaitu peningkatan 0.6 peratus,” katanya semasa pengumuman analisis keputusan peperiksaan SPM 2024 di bangunan Kementerian Pendidikan Malaysia di sini, hari ini.
Tambahnya, pencapaian calon SPM pada 2024 adalah lebih baik apabila merekodkan Gred Purata Kebangsaan (GPK) sebanyak 4.49 berbanding 4.60 pada tahun sebelumnya.
“Tahun ini bilangan calon yang memperoleh sekurang-kurangnya kepujian atau gred C dalam semua mata pelajaran adalah seramai 86,040 calon (22.7%)
“Manakala seramai 136,791 calon (36.1%) telah memperoleh sekurang-kurangnya lulus atau gred E dalam semua mata pelajaran yang diduduki pada tahun 2024,” katanya.
Azman berkata, seramai 353,933 calon, iaitu 94.0 peratus calon SPM 2024, layak menerima sijil berbanding 349,197 (93.5 peratus) calon SPM 2023.
Bilangan calon yang mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2024 adalah seramai 402,918 calon berbanding 395,924 calon SPM Tahun 2023, iaitu pertambahan sebanyak 6,994 calon (1.7%).
Katanya lagi, calon juga boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi ini.