MALAYSIA
SPM 2025: Melaka siap siaga kontigensi jika banjir
Rahmad berkata pelan itu termasuk memindahkan pelajar di sekolah terlibat banjir ke pusat peperiksaan lain yang lebih selamat sekali gus memastikan pelajar tidak tercicir daripada menduduki peperiksaan bertulis SPM. - Gambar fail/Bernama
MELAKA: Kerajaan Melaka menerusi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) telah bersiap sedia dengan pelan kontingensi sekiranya terdapat calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang terjejas banjir.
Ringkasan AI
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata pelan itu termasuk memindahkan pelajar di sekolah terlibat banjir ke pusat peperiksaan lain yang lebih selamat sekali gus memastikan pelajar tidak tercicir daripada menduduki peperiksaan bertulis SPM yang bermula esok.
"Sebelum ini memang ada berlaku banjir di Melaka, namun ia tidak serius dan tidak menjejaskan pelajar yang menduduki SPM.
"Bagaimanapun, kita tidak akan mengambil mudah dan telah bersiap sedia sekiranya ada sekolah yang tidak dapat digunakan untuk peperiksaan itu dengan pelajar terbabit akan dipindahkan ke sekolah berhampiran," katanya selepas merasmikan Majlis Aspresiasi Pendidikan JPN Melaka di sini pada Isnin.
Terdahulu pada majlis itu, Rahmad turut menyampaikan Anugerah Tokoh Guru Negeri Melaka 2025 kepada Ibrahim Moktar, 71, dan Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Negeri Melaka 2025 kepada Ismail Mohmd, 62.
Sementara itu, Rahmad berkata Konvensyen Khas Pendidikan Negeri Melaka yang akan menghimpunkan kira-kira 2,500 pemegang taruh dalam sektor pendidikan akan berlangsung pada 12 dan 13 Dis ini.
Beliau berkata konvensyen itu akan melibatkan penganjuran bengkel mengikut 10 kluster yang membincangkan pelbagai isu pendidikan melibatkan guru dan pelajar dalam usaha mentransformasikan sektor pendidikan negeri ke arah lebih dinamik dan mampan.
Rahmad berkata pemegang taruh terlibat terdiri daripada guru besar, pengetua, guru disiplin, guru kaunseling, pelajar tingkatan empat dan enam, pengerusi persatuan ibu bapa dan guru (PIBG) serta wakil pelbagai agensi antaranya Polis Diraja Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia dan Majlis Agama Islam Melaka.
"Kita sedia maklum pelbagai isu dalam sektor pendidikan timbul sejak kebelakangan ini, antaranya melibatkan disiplin dan salah laku pelajar selain cabaran dan masalah dihadapi guru serta pelbagai agenda pendidikan yang perlu diberi perhatian.
"Hasil atau keputusan daripada bengkel yang dianjurkan pada konvensyen itu akan dibawa ke peringkat bengkel Kementerian Pendidikan supaya perubahan sewajarnya dapat dilakukan," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kerajaan Melaka bersiap sedia dengan pelan kontingensi bagi calon SPM 2025 yang terjejas banjir, termasuk memindahkan pelajar ke pusat peperiksaan lain demi memastikan kestabilan ujian.
- Exco Pendidikan Melaka menegaskan tindakan proaktif ini sebagai langkah pastikan pelajar tidak terjejas dan peperiksaan SPM dapat berjalan lancar.
- Konvensyen Khas Pendidikan Negeri Melaka akan diadakan untuk membincangkan isu-isu pendidikan, dimana hasilnya akan dibawa ke peringkat Kementerian Pendidikan untuk perubahan yang lebih dinamik dan mampan.