SPM bermula hari ini, 413,372 calon ditempatkan di 3,350 pusat peperiksaan

Peperiksaan berlangsung secara berfasa dari 3 November hingga 23 Disember. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 bermula hari ini, melibatkan seramai 413,372 calon di 3,350 pusat peperiksaan seluruh negara.
Ringkasan AI
- SPM 2025 bermula hari ini, melibatkan 413,372 calon di 3,350 pusat peperiksaan seluruh negara.
- KPM lantik 127,526 petugas bagi menjamin kelancaran peperiksaan dan bersiap siaga menghadapi bencana atau wabak.
- Peperiksaan berlangsung secara berfasa dari 3 November hingga 23 Disember; calon diingatkan rujuk jadual rasmi untuk maklumat lengkap.
Calon yang terkesan dinasihatkan agar segera memaklumkan kepada pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).
Menurut jadual rasmi, peperiksaan akan berlangsung mengikut fasa berikut:
- Ujian Bertutur Bahasa Melayu: 3–6 November
- Ujian Bertutur Bahasa Inggeris: 10–13 November
- Ujian Amali Sains: 17–19 November
- Ujian Mendengar Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris: 20 November
- Peperiksaan Bertulis: 25 November – 23 Disember
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


