SPM bukan penamat, hanya permulaan satu perjalanan baru, kata media sosial

Sathesh Raj
Mac 3, 2015 11:00 MYT
SPM : Seramai 455,839 calon yang menduduki SPM tahun lalu telah menerima keputusan yang dinanti-nantikan mereka pagi tadi.-Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Sejumlah 455.839 calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah akhirnya menerima keputusan yang dinanti-nantikan mereka pagi hari ini.
Keputusan SPM bagaimanapun, menunjukkan penurunan dalam bilangan pelajar yang mendapat markah cemerlang ( sejumlah 11,289 calon mendapat semua berbanding 13,970 pelajar pada tahun 2013 )
Terdapat banyak reaksi daripada pengguna media sosial sejak pengumuman keputusan itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga turut mengucapkan tahniah kepada mereka yang memperoleh keputusan cemerlang dan mengingatkan pelajar untuk meraikan kejayaan mereka bersama-sama dengan ibu bapa dan guru-guru mereka .

Syabas kpd pelajar2 SPM & STPM yg cemerlang. Jgn lupa sumbangan & dedikasi ibu bapa dan guru2 sekolah dan raikanlah hari ini dengan mereka!

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) March 3, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdapat juga beberapa menteri yang turut mengucapkan tahniah atas kejayaan cemerlang para pelajar SPM.

Tahniah & syabas kepada semua pelajar yang telah memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan #SPM & #STPM 2014!

— Hishammuddin Hussein (@HishammuddinH2O) March 3, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tahniah diucapkan kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam #SPM! Moga kekalkan kejayaan di peringkat seterusnya /p>— Idris Jusoh (@idrisjusoh) March 3, 2015

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun, ada juga segelintir pihak yang mengingatkan bahawa keputusan SPM bukanlah titik hujung kehidupan malah hanya permulaan bagi satu lagi perjalanan yang baru.

Tahniah semua calon #SPM14. Keputusan itu satu ujian: ada yg baik SPM kantoi lps itu sbb banyak main, ada yg x baik berjaya lps tu sbb usaha

— Rafizi Ramli (@rafiziramli) March 3, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pesanan kepada yang akan mengambil keputusan SPM. pic.twitter.com/7HXriQ7JaG

— Fatimah Syarha (@fatimahsyarha) March 2, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Buat adik-adik yang ambil keputusan STPM semalam dan SPM hari ini - ini baru permulaan hidup anda. Jangan putus asa. https://t.co/obZJe0Xk1X

— klubbkidd(@klubbkiddkl) March 3, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pelajar-pelajar juga diingatkan bahawa terdapat banyak lagi untuk menghadapi pasca SPM dan mereka perlu terus berusaha .
Timbalan Menteri Pelajaran II , P Kamalanathan di twitter memberitahu bahawa terdapat juga pelbagai peluang yang disediakan bagi mereka yang tidak mencapai keputusan cemerlang.
P.Kamalanathan dalam siri 'tweet-nya' memberitahu terdapat banyak peluang bagi mereka yang mencapai prestasi kurang cemerlang dalam peperiksaan SPM. - Gambar Tweet
#Datuk Seri Najib Razak #Idris Jusoh #Rafizi Ramli #SPM