Keresahan dan kegusaran seramai 472,541 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 tidak berpanjangan setelah hari yang dinanti-nanti telah pun tiba.

Tahun ini keputusan SPM mencatatkan peningkatan apabila 13,721 calon sekolah kerajaan berjaya memperoleh semua 'A' meningkat kepada 751 berbanding tahun lepas.

Daripada jumlah tersebut, 481 calon daripada sekolah kerajaan dan persendirian berjaya mendapat A+ bagi semua mata pelajaran.

Walaubagaimanapun, Nilai Purata Kebangsaan (GPN) yang mengukur pencapaian keseluruhan pelajar dalam peperiksaan meningkat daripada 5.04 pada 2011 kepada 5.08 tahun 2012. GPN yang lebih rendah menunjukkan pencapaian yang lebih baik.

Kementerian Pelajaran turut memberitahu terdapat peningkatan dalam 51 subjek termasuk dua subjek teras Matematik dan Pendidikan Moral.