awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPM: Ujian bertutur Bahasa Melayu bermula hari ini

Bernama
Bernama
08/01/2024
01:50 MYT
SPM: Ujian bertutur Bahasa Melayu bermula hari ini
Peperiksaan itu dilaksanakan di 3,340 pusat peperiksaan di seluruh negara hingga Khamis ini (11 Jan). - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Ujian Bertutur Bahasa Melayu bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bermula hari ini membabitkan 395,870 calon berdaftar.
Peperiksaan itu dilaksanakan di 3,340 pusat peperiksaan di seluruh negara hingga Khamis ini (11 Jan).
Ujian Bertutur Bahasa Inggeris pula akan bermula pada 17 hingga 23 Jan, Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (29 Jan) dan peperiksaan bertulis (30 Jan hingga 7 Mac), sementara Ujian Amali Sains telah dilaksanakan pada 5 hingga 7 Dis tahun lepas.
Sementara itu, Kerajaan Negeri Johor bersama Jabatan Pendidikan Negeri akan melaksanakan Op Payung bagi membantu calon SPM dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di lokasi terjejas banjir di negeri berkenaan.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Johor Norlizah Noh pada Sabtu lepas berkata sebanyak 235 pelajar terjejas banjir dan sembilan sekolah rendah di negeri itu dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS), manakala sekolah menengah akan digunakan sebagai pusat peperiksaan awam SPM dan STPM.
Banjir di Johor merekodkan sejumlah 6,564 orang daripada 1,819 keluarga yang ditempatkan di 51 PPS setakat 8 pagi ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPM
#ujian bertutur
#Bahasa Melayu
#calon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan