awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPNB perkenal cat insulasi guna sekam padi pada RMR

Bernama
Bernama
23/03/2024
10:53 MYT
SPNB perkenal cat insulasi guna sekam padi pada RMR
Pengerusi SPNB Datuk Husam Musa (kanan) melakukan demonstrasi mengecat salah satu Projek Rumah Mesra Rakyat menggunakan Cat Insulasi Panas dengan formula khas diperbuat daripada sekam padi hari ini. - Foto Bernama
KOTA BHARU: Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) memperkenalkan cat insulasi panas menggunakan sekam padi dalam usaha memantulkan haba daripada cahaya matahari pada Rumah Mesra Rakyat (RMR) di bawah seliaan agensi itu.
Pengerusi SPNB Datuk Husam Musa berkata penggunaan bahan itu juga mampu mengurangkan penggunaan penyaman udara dan kipas pada kada tinggi sekali gus menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.
Beliau berkata penggunaan cat berkenaan digunakan pada sebuah rumah RMR di Pasir Mas pada 2022.
"SPNB menyahut saranan kerajaan menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) untuk mengurangkan sisa biomas melalui kitar semula menggantikan kepada bahan yang lebih berguna melalui penggunaan produk ini dalam bidang pertanian," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Lawatan Kerja Ke Tapak Pembinaan Unit RMR (Parlimen Ketereh) di Kampung Tukor, Pangkal Pisang Peringat, di sini hari ini.
Husam berkata teknologi digunakan pada cat itu adalah hasil kajian yang dibuat oleh Universiti Putra Malaysia dengan kerjasama agensi berkaitan Sains dan Teknologi di Sepanyol.
Sementara itu, Husam berkata SPNB telah melancarkan RMR 2.0 pada dua bulan lepas dengan spesifikasi asal dikekalkan manakala pembeli cuma perlu membayar RM55,000 tunai kepada SPNB dan rumah berkenaan dijangka siap dalam tempoh tiga bulan sahaja.
Beliau berkata di bawah program RMR 2.0, pelanggan SPNB tetap menikmati subsidi kerajaan sebanyak RM20,000 bagi setiap unit rumah RMR berharga RM75,000 dibuka kepada golongan layak berpendapatan rendah (B40) iaitu RM5,000 ke bawah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Syarikat Perumahan Negara Berhad
#Rumah Mesra Rakyat
#sekam padi
#Husam Musa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan