awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPNB serah wang pampasan insurans hayat kepada balu kakitangan

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
02/01/2018
08:23 MYT
SPNB serah wang pampasan insurans hayat kepada balu kakitangan
Abd Latiff (dua, kanan) menyerahkan cek pampasan kepada Rosmaidayu pada majlis tersebut. - Astro AWANI/Shahir Omar
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) hari ini menyerahkan wang pampasan insurans hayat berkelompok berjumlah RM400,000 dan khairat kematian sebanyak RM2,000 kepada seorang kakitangannya yang meninggal dunia kerana kanser hati tahun lepas.
Cek pampasan tersebut diserahkan oleh Pengerusi Kumpulan SPNB Holdings, Datuk Abd Latiff Ahmad, kepada balu penerima, Rosmaidayu Ismail.
Pampasan itu juga sebagai memenuhi kewajipan dan keprihatinan untuk kakitangan SPNB dalam menunaikan tanggungjawab dengan membayar pampasan melalui skim perlindungan insurans hayat berkelompok kepada kakitangan yang ditimpa musibah kemalangan atau kematian.
"Kami Lembaga Pengarah merasakan wajar setiap kakitangan SPNB dibela. Kakitangan kita, Ahmad Azli Mohd meninggal dunia meninggalkan seorang balu dan sepasang anak, lelaki dan perempuan," katanya ketika sidang media majlis penyerahan wang pampasan insurans kepada balu Allahyarham.
Allahyarham telah berkhidmat di SPNB selama 13 tahun sejak tahun 2004 dan meninggal dunia pada Ogos 2017.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SPNB, Datuk Ahmad Azizi Ali.
Topic Berkaitan
#Abd Latiff Ahmad
#SPNB
#Syarikat Perumahan Negara Berhad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan