GADGETS
Spotify benarkan pengguna percuma pilih lagu yang mahu dimainkan
Spotify sahkan penstriman audio nirhilang (lossless streaming) akan diperkenalkan tidak lama lagi. -Foto Amanz
SPOTIFY dilihat hadir dengan senarai lagu yang sangat banyak dan boleh dinikmati oleh sesiapa pun, tidak kira mereka pelanggan berbayar ataupun tidak.
Ringkasan AI
Baru-baru ini, mereka telah akhirnya mengesahkan bahawa penstriman nirhilang (lossless streaming) akan disokong pada platform tersebut tidak lama lagi.
Terkini, Spotify juga telah mengemas kini penawaran pengguna percuma mereka untuk membenarkan mereka memainkan mana-mana lagu dalam senarai main tanpa perlu memainkan satu-persatu lagu lebih awal seperti sebelum ini.
Pengguna percuma masih terhad kepada enam skip setiap jam, tetapi kini boleh memilih terus lagu yang mahu dimainkan.
Pengiklanan dalam aplikasi dan sebagainya juga masih lagi dimainkan sebelum dan selepas lagu, tetapi kini sekurang-kurangnya pengguna boleh terus memilih lagu yang mahu dimainkan dengan cepat dengan had yang ditetapkan.
Spotify mengatakan ciri ini sudah pun mula diperkenalkan kepada semua pengguna percuma bermula hari ini, dan para pengguna percuma boleh mencubanya dengan segera.
Beberapa pengguna mungkin perlu menunggu sedikit, tetapi ia akan diperlihatkan setelah anda mengemas kini aplikasi penstriman audio tersebut. -Amanz
Ringkasan AI
- Spotify sahkan penstriman audio nirhilang (lossless streaming) akan diperkenalkan tidak lama lagi.
- Pengguna percuma kini boleh pilih lagu secara langsung dalam senarai main, tidak lagi terhad kepada mainan rawak.
- Had enam skip dan iklan masih dikekalkan, tetapi ciri baharu ini sudah mula diperkenalkan kepada semua pengguna percuma.