PENGENALAN baharu Spotify Mix dilihat akan memudahkan lagi pengguna untuk mengakses kandungan muzik pada perkhidmatan tersebut.

Ia dibangunkan dengan kerjasama Dinamo Typefaces yang merupakan studio reka bentuk berpangkalan di Berlin.

Fokusnya adalah untuk menyediakan rupa huruf yang dicipta secara eksklusif untuk Spotify.

Dalam masa sama menjadi proses penjenamaan yang berkesan dalam mewujudkan identiti unik yang membezakan Spotify daripada pesaingnya.


Spotify Mix menggunakan rupa huruf sans-serif yang cenderung memiliki tampilan lebih moden dan mudah dibaca.

Ia juga berfungsi dengan baik dalam saiz kecil yang kebiasannya menjadi pilihan cukup baik untuk melihat teks dengan mudah.

Pengenalannya juga telah menggantikan rupa huruf Circular dan boleh digunakan merentasi platform Spotify yang termasuk aplikasi dan deskstop.

Pengguna akan mula melihat penawarannya bermula hari ini dengan pelancaran lengkapnya pula yang dijangka dalam beberapa minggu akan datang. -Amanz