GADGETS

Spotify perkenal ciri Listening Activity, Request to Jam

Amanz 08/01/2026 | 05:40 MYT
Kedua-dua ciri ini ditawarkan secara berperingkat untuk iOS dan Android, dan dijangka tersedia sepenuhnya menjelang awal Februari 2026. -Foto Amanz
SPOTIFY mengemas kini fungsi mesej (Messages) dengan dua ciri baharu iaitu Listening Activity dan Request to Jam, menjadikan platform ini lebih interaktif.


Ringkasan AI
  • Spotify kini memperkenalkan dua ciri baharu, Listening Activity dan Request to Jam, yang menjadikan platform lebih interaktif dengan membolehkan pengguna berkongsi muzik yang sedang didengar dan menjemput rakan untuk menyertai sesi mendengar muzik secara serentak.
  • Listening Activity membenarkan pengguna berkongsi lagu yang sedang didengar dengan kenalan yang dihubungkan melalui Messages, sementara Request to Jam membolehkan pengguna Premium menjemput rakan untuk menyertai sesi mendengar muzik secara serentak.
  • Ciri-ciri baru ini ditawarkan secara berperingkat untuk iOS dan Android, dengan pengguna percuma boleh menyertai jika dijemput oleh pengguna Premium sebelum sepenuhnya tersedia menjelang awal Februari 2026.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Listening Activity membolehkan pengguna berkongsi muzik yang sedang didengar dengan rakan atau keluarga yang dihubungkan melalui Messages.

Jika pengguna berhenti mendengar, lagu terakhir yang dimainkan akan dipaparkan.

Ciri ini hanya boleh dilihat oleh kenalan yang sudah berhubung dan pengguna mempunyai kawalan penuh untuk mengaktifkan atau menutupnya.

Sementara itu, Request to Jam membolehkan pengguna Premium menjemput rakan untuk menyertai sesi mendengar muzik secara serentak, menambah lagu ke senarai bersama dan berinteraksi melalui mesej ketika muzik dimainkan.

Pengguna percuma boleh menyertai jika dijemput oleh pengguna Premium.

Kedua-dua ciri ini ditawarkan secara berperingkat untuk iOS dan Android, dan dijangka tersedia sepenuhnya menjelang awal Februari 2026. -Amanz




Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah ciri baharu yang diperkenalkan oleh Spotify dalam fungsi mesej?
    A: Spotify mengemaskini fungsi mesej dengan dua ciri baharu iaitu Listening Activity dan Request to Jam.
  • Q: Bagaimana Listening Activity membolehkan pengguna berinteraksi dengan rakan atau keluarga?
    A: Listening Activity membolehkan pengguna berkongsi muzik yang sedang didengar dengan kenalan yang dihubungkan melalui Messages.
  • Q: Adakah pengguna mempunyai kawalan terhadap ciri Listening Activity?
    A: Ya, pengguna mempunyai kawalan penuh untuk mengaktifkan atau menutup ciri Listening Activity.
  • Q: Bagaimana Request to Jam membolehkan pengguna berinteraksi dengan rakan melalui muzik secara serentak?
    A: Request to Jam membolehkan pengguna Premium menjemput rakan untuk menyertai sesi mendengar muzik secara serentak, menambah lagu ke senarai bersama, dan berinteraksi melalui mesej ketika muzik dimainkan.
  • Q: Bolehkah pengguna percuma menyertai Request to Jam jika dijemput oleh pengguna Premium?
    A: Ya, pengguna percuma boleh menyertai Request to Jam jika dijemput oleh pengguna Premium.



#Spotify #Listening Activity #Request to Jam #kongsi muzik