Terkini: Kes Pelajar Jatuh dari Asrama di Sabak Bernam – Ikuti perkembangan di sini
GADGETS

Spotify perkenal ciri permesejan, mudahkan interaksi dengan rakan-rakan

Amanz 27/08/2025 | 04:00 MYT
Spotify memperkenalkan ciri baharu bernama Messages untuk membolehkan pengguna berinteraksi dan berkongsi muzik atau podsiar secara langsung dalam aplikasi. -Amanz
SPOTIFY mengumumkan pengenalan ciri permesejan bersama rakan-rakan melalui aplikasi mereka, sekali gus menjadikan pengguna boleh berinteraksi dan bersosial, termasuk berkongsi muzik atau podsiar antara satu sama lain.


Ringkasan AI
  • Spotify memperkenalkan ciri baharu bernama Messages untuk membolehkan pengguna berinteraksi dan berkongsi muzik atau podsiar secara langsung dalam aplikasi.
  • Ciri ini tersedia kepada pengguna percuma dan Premium di beberapa pasaran, dengan cadangan rakan berdasarkan aktiviti perkongsian terdahulu.
  • Spotify menekankan bahawa Messages adalah pelengkap kepada perkongsian melalui aplikasi lain seperti WhatsApp dan Instagram, bukan pengganti.


Spotify menamakan ciri ini sebagai Messages, dan ia telah mula ditawarkan kepada pengguna percuma dan juga Spotify Premium di beberapa pasaran terlebih dahulu.

Pengguna boleh memulakan perbualan dengan mudah bersama rakan-rakan yang anda pernah berkongsi kandungan, selain Spotify sendiri akan cadangkan pengguna lain berdasarkan kepada perkongsian pelan, dan lain-lain aktiviti yang pernah dilakukan melalui Spotify sebelum ini.

Spotify turut mengalakkan pengguna turut berkongsi berkenaan kandungan Spotify melalui aplikasi lain seperti WhatsApp, Instagram, Facebook dan sebagainya – serta mengatakan ciri Spotify Messages ini hanya pelengkap dan bukan pengganti untuknya.

Ciri ini diperkenalkan secara berperingkat untuk pengguna di sejumlah pasaran terpilih. -Amanz





#Spotify #messages #pengguna berinteraksi #kongsi muzik atau podsiar