MALAYSIA
SPPP sokong penubuhan MLRRC, langkah strategik perkukuh sektor pelabuhan negara
Yeoh berkata semakan itu dijangka memberi impak positif yang signifikan kepada sektor pelabuhan dan maritim negara antaranya meningkatkan daya saing pelabuhan Malaysia agar kekal relevan di peringkat serantau. - Gambar fail/BERNAMA
GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) menyifatkan penubuhan Jawatankuasa Semakan dan Pembaharuan Undang-Undang Maritim Malaysia (MLRRC) sebagai langkah strategik memperkukuh daya saing sektor pelabuhan negara dan kedudukan Malaysia sebagai hab maritim serantau.
Ringkasan AI
Pengerusi SPPP Datuk Yeoh Soon Hin berkata SPPP menyokong penuh inisiatif oleh Kementerian Pengangkutan (MOT) itu yang dilihat selari dengan usaha memodenkan sistem perundangan maritim agar kekal relevan dan responsif terhadap perubahan industri.
"Antara enam undang-undang utama terlibat dalam fasa pertama semakan ini termasuk Akta Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang 1955, iaitu asas perundangan yang telah menggerakkan operasi dan fungsi SPPP sejak lebih enam dekad lepas," katanya dalam kenyataan semalam.
Yeoh berkata semakan itu dijangka memberi impak positif yang signifikan kepada sektor pelabuhan dan maritim negara antaranya meningkatkan daya saing pelabuhan Malaysia agar kekal relevan di peringkat serantau.
Ia juga dapat menyelaraskan undang-undang antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak bagi pelaksanaan dasar lebih konsisten serta menarik lebih banyak pelaburan asing melalui sistem perundangan yang telus serta efisien.
Selain itu, semakan juga membolehkan SPPP menyesuaikan dasar serta operasi dengan lebih fleksibel sejajar dengan perkembangan teknologi dan keperluan industri pelabuhan masa depan.
Yeoh berkata SPPP komited memberi kerjasama penuh kepada jawatankuasa MLRRC termasuk melalui penyediaan input teknikal, pandangan industri serta data dan maklumat diperlukan dalam proses semakan itu.
"Inisiatif ini merupakan titik perubahan penting bukan sahaja dari aspek perundangan, malah dalam membentuk hala tuju baharu sektor maritim negara untuk dekad akan datang, selain peluang memperkukuh institusi pelabuhan dan memodenkan sistem sedia ada," katanya.
Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Menteri Pengangkutan Anthony Loke serta pasukan MOT atas usaha memulakan reformasi itu demi memastikan sektor pelabuhan dan maritim Malaysia terus maju, berdaya saing dan lestari untuk generasi masa depan.
Pada 10 Julai, kerajaan melalui MOT menubuhkan MLRRC yang merupakan langkah strategik bagi memperkasakan landskap perundangan sektor maritim negara, dengan jawatankuasa itu diterajui Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Nallini Pathmanathan sebagai pengerusi.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Penubuhan Jawatankuasa Semakan dan Pembaharuan Undang-Undang Maritim Malaysia (MLRRC) dianggap langkah strategik untuk memperkukuh daya saing pelabuhan dan kedudukan Malaysia sebagai hab maritim serantau.
- Semakan undang-undang ini dijangka memberi impak positif dengan menyelaraskan dasar antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak, menarik pelaburan asing, serta memodenkan operasi selaras dengan teknologi baharu.
- SPPP menyokong penuh usaha ini dan komited memberi input teknikal serta pandangan industri, yang dilihat sebagai titik perubahan penting dalam hala tuju sektor maritim negara untuk dekad akan datang.