awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPR perlu perhalusi proses pendaftaran belia 18 tahun sebelum PRN Sarawak - Karim

Azizah Alwi
Azizah Alwi
05/09/2021
07:41 MYT
SPR perlu perhalusi proses pendaftaran belia 18 tahun sebelum PRN Sarawak - Karim
Abdul Karim menyokong golongan berusia 18 tahun ke atas dibenarkan menunaikan undi tetapi (SPR) perlu ada prosedur bagi membolehkan mereka mendaftar.
KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya digesa memperhalusi proses pendaftaran pengundi 18 tahun ke atas di Sarawak sebelum mereka membuang undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak akan datang.
Sambil memaklumkan Rang Undang-Undang Undi18 yang telah diluluskan Parlimen Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyifatkan ini masanya untuk SPR melakukan perubahan bagi membolehkan pengundi 18 menunaikan tanggungjawab mengundi.
"Saya sangat menyokong golongan berusia 18 tahun ke atas dibenarkan menunaikan undi tetapi (SPR) perlu ada prosedur bagi membolehkan mereka mendaftar.
"Saya bimbang jika berlaku kes di mana golongan 18 tahun mahu mendaftar tetapi tidak boleh berbuat demikian kerana belum ada garis panduan atau prosedur dikemas kini," katanya dalam sebuah video di Facebook miliknya hari ini.
BACA: Mahkamah Tinggi Kuching arah SPR, kerajaan laksana Undi18 menjelang akhir tahun ini
Selain itu, Abdul Karim turut memuji usaha lima pelajar Sarawak yang mengemukakan semakan kehakiman terhadap Kerajaan Pusat susulan kelewatan pelaksanaan Undi18.
"Memang benar kita masih berhadapan dengan pandemik COVID-19 namun pihak SPR juga harus menunjukkan bahawa terdapat perkembangan dalam melaksanakan pindaan Undi18," tambahnya.
Sebelum ini Pesuruhjaya Kehakiman Alexander Siew How Wai membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman lima anak muda yang menggesa kerajaan melaksanakan segera pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan penurunan umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.
Mahkamah turut memerintahkan SPR dan kerajaan melaksanakan Undi 18 menjelang 31 Disember tahun ini.
Perjuangan demi masa depan negara
Topic Berkaitan
#SPR
#Abdul Karim Rahman Hamzah
#Sarawak
#Undi18
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan