Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, buat masa ini SPR belum mewartakan kumpulan pengundi lain sebagai mereka yang diberikan kemudahan mengundi secara pos.
"Pengundian secara pos mempunyai kaedah yang tertentu yang perlu dipatuhi bermula daripada proses permohonan sehinggalah kepada penghantaran kertas undi pos.
"Buat masa ini, SPR belum mewartakan kumpulan pengundi yang lain sebagai mereka yang diberikan kemudahan untuk mengundi secara pos.
"SPR sedang meneliti perkara ini sebelum membuat ketetapan selanjutnya," katanya menerusi jawapan bertulis kepada Astro AWANI.
Ia sebagai jawapan kepada persoalan berkenaan pergerakan pengundi dari luar kawasan daerah dan negeri yang berhasrat balik untuk mengundi ketika pandemik COVID-19.
Jelas Abdul Ghani lagi, pergerakan pengundi adalah tertakluk kepada garis panduan (SOP) dan peraturan Peritah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa.
"Ianya tertakluk kepada Perintah Kawalan Pergerakan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)," jelasnya.
Pada masa kini, SPR membenarkan pengundi pos kepada kategori tertentu seperti:
i. Petugas Pilihan Raya;
ii. Ahli-ahli SPR;
iii. Polis dan tentera yang bertugas pada hari mengundi awal;
iv. Petugas media;
v. Penjawat awam yang bertugas di sektor kritikal pada hari mengundi seperti di Jabatan Penjara, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Petugas Kesihatan, Jabatan Imigresen, Jabatan BOMBA, Angkatan Pertahanan Awam, Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang bertugas di UTC dan Agensi Pengurusan Bencana (NADMA); dan
vi. Rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara.

Ditanya berkenaann pengundian secara dalam talian, beliau berkata, peraturan pilihan raya sedia ada tidak membolehkan pelaksanaan pilihan raya secara atas talian.
"Sehingga peraturan dipinda, pilihan raya harus dilaksanakan dalam kaedah semasa iaitu mengundi di pusat mengundi.
"Walau bagaimanapun SPR sedang meneliti dan mengkaji kesesuaian pelaksanaan pengundian secara elektronik ini," ujar beliau lagi.