awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPR Terengganu nasihat PBT tidak pilih kasih dalam pemasangan bendera

Bernama
Bernama
13/02/2013
11:20 MYT
SPR Terengganu nasihat PBT tidak pilih kasih dalam pemasangan bendera
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Terengganu menasihat semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini supaya tidak pilih kasih dalam mengambil sebarang tindakan kepada parti politik bagi mengelak wujudnya ketegangan dalam masyarakat.
Pengarahnya, Fakhrul Razi Ab Wahab berkata sebagai contoh isu pemasangan bendera parti politik di luar tempoh kempen perlu ditangani dengan adil dan sebarang tindakan perlu seragam kepada semua parti politik.
"Janganlah pula parti A boleh, parti B tak boleh. SPR nasihat PBT supaya laksanakan peraturan kecil yang tertakluk dalam setiap PBT bagi mengatasi masalah ini," katanya pada sidang media selepas memberi taklimat Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kepada media di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai keghairahan parti-parti politik memasang bendera masing-masing termasuk di lokasi yang tidak bersesuaian seperti di atas jambatan dan bulatan jalan raya di luar tempoh kempen PRU-13.
Secara asasnya, beliau berkata setiap permohonan (pemasangan bendera) perlu dibuat dengan PBT.
"Di luar tempoh kempen, PBT yang berkuasa penuh dalam perkara ini dan mereka boleh bertindak mengikut peraturan sedia ada.
"Bagi SPR pula, kami akan melantik dua pasukan penguatkuasa kempen pilihan raya bagi setiap kawasan Parlimen untuk memantau perkara ini sebaik sahaja penamaan calon," katanya.
Pasukan penguatkuasa ini terdiri dari sekurang-kurangnya lima anggota iaitu wakil PBT, wakil polis dan wakil-wakil dari parti yang bertanding.
Topic Berkaitan
#bendera
#Fakhrul Razi Ab Wahab
#pbt
#Pilihan Raya-13
#SPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan