awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPR terima pengosongan DUN Balingian, mesyuarat 6 Mac

Aizat Sharif
Aizat Sharif
27/02/2014
04:51 MYT
SPR terima pengosongan DUN Balingian, mesyuarat 6 Mac
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima makluman rasmi dari Speaker Dewan Undangan negeri Sarawak berhubung dengan pengosongan kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.51 Balingian oleh penyandang kerusi tersebut Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata makluman rasmi tersebut diterima pada jam 8.30 pagi tadi dan pengosongan kerusi tersebut akan mula berkuatkuasa pada esok.
“Selaras dengan itu, SPR akan mengadakan satu Mesyuarat Khas bagi membincangkan semua perkara berkaitan dengan kedudukan kerusi DUN Balingian,” katanya dalam satu kenyataan media yang diemelkan kepada Astro Awani.
Mesyuarat tersebut akan dilakukan pada hari Khamis bersamaan 6 Mac jam 10 pagi di Ibu Pejabat SPR, Putrajaya dan akan diikuti satu sidang media oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Penyandang kerusi DUN Balingian, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang juga Ketua Menteri Sarawak pada semalam telah mengesahkan beliau telah menulis surat kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohammad Asfia Awang Nassar mengenai hasratnya untuk mengosongkan kerusi DUN Balingian.
Hasrat tersebut dilakukan selaras dengan pengumuman beliau pada 12 Feb lalu untuk bersara sebagai Ketua Menteri Sarawak berkuatkuasa pada 28 Feb.
Tugas Ketua Menteri Sarawak bakal diserahkan kepada Tan Sri Adenan Satem yang kini menjawat jawatan sebagai Menteri Tugas-tugas Khas di Pejabat Ketua Menteri Sarawak.
Topic Berkaitan
#Balingian
#pengosongan
#SPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan