MALAYSIA
SPRM anjur Mesyuarat ASEAN PAC ke-21 bermula 28 Oktober
Azam ketika sesi wawancara bersama pengamal media sempena ulang tahun SPRM ke-58 di pejabatnya di Putrajaya semalam. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menganjurkan Mesyuarat ASEAN Parties Against Corruption (ASEAN PAC) ke-21 di Petaling Jaya, Selangor dari 28 hingga 30 Okt ini.
Ringkasan AI
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata mesyuarat bertemakan 'Perpaduan ASEAN: Perkongsian Awam-Swasta untuk Membanteras Rasuah' itu akan disertai 10 negara ASEAN bersama beberapa organisasi antarabangsa, selain Timor-Leste yang hadir sebagai pemerhati.
"Objektif ASEAN PAC kali ini adalah untuk mengukuhkan kerjasama serantau melalui perkongsian pintar antara sektor awam dan swasta dalam memerangi rasuah.
"Ia juga memberi peluang kepada SPRM untuk berkongsi inisiatif antirasuah yang telah dijalankan, selain mendapatkan pandangan negara lain mengenai usaha mereka," katanya dalam temu bual khas di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya, semalam.
Menurut Azam, mesyuarat itu juga akan membantu meningkatkan penilaian Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) kerana usaha yang dijalankan memberi manfaat bukan sahaja di peringkat nasional, malah di seluruh rantau.
Sementara itu, Azam berkata SPRM akan melancarkan program antirasuah peringkat nasional, Keep Malaysia Clean (KMC), sempena sambutan ulang tahunnya pada 1 Okt ini, yang dijadual dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata KMC dianjurkan dengan kerjasama Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR), selain mendapat sokongan strategik daripada Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek hasil sesi libat urus yang telah diadakan.
"KMC akan dilaksanakan selama 15 bulan sebagai pelan tindakan untuk memperkenalkan pendekatan baharu dalam menerapkan nilai bersih, tanggungjawab sivik dan integriti di semua sektor, termasuk kerajaan, swasta, pelajar dan komuniti.
"Program ini akan menggunakan strategi lebih jelas dengan memberi tumpuan kepada kumpulan sasar yang telah dikenal pasti," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- SPRM akan menganjurkan Mesyuarat ASEAN PAC ke-21 di Petaling Jaya pada 28-30 Okt, melibatkan 10 negara ASEAN, Timor-Leste dan organisasi antarabangsa bagi memperkukuh kerjasama membanteras rasuah.
- Mesyuarat ini memberi peluang berkongsi inisiatif antirasuah antara sektor awam dan swasta serta berpotensi meningkatkan penilaian Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI).
- Sempena ulang tahun SPRM, program nasional Keep Malaysia Clean (KMC) akan dilaksanakan selama 15 bulan untuk memupuk nilai integriti, tanggungjawab sivik dan budaya bersih di semua sektor.