NATIONAL

SPRM berusaha kesan Mohamad Faizul Kamaruddin bantu siasatan kes

Bernama 13/11/2024 | 11:15 MYT
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang berusaha mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan. - BERNAMA
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang berusaha mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan lelaki tersebut Mohamad Faizul Kamaruddin, 39, mempunyai alamat terakhir di Blok B-2-6 Flat Taman Tun Sardon,11700 Gelugor, Pulau Pinang.

"Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu terlibat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Ahmad Nasharuddin Ab Razak di talian 09-5716000 atau 019-3454565 atau emel kepada nasharuddin.razak@sprm.gov.my," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


#SPRM #kesan #Mohamad Faizul Kamaruddin #Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia