Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau tidak menghalang jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) "masuk" untuk menyiasat dakwaan salah laku rasuah di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di seluruh negara.
Katanya dakwaan itu adalah serius dan perlu disiasat bagi mengelakkan mana-mana pihak menuding jari kepada agensi di bawah kementeriannya seperti Puspakom dan Jabatan Pengangkutan Jalan apabila berlaku kemalangan yang meragut banyak nyawa.
"Saya bersetuju SPRM perlu masuk untuk pastikan tiada isu rasuah dalam kalangan anggota dan pegawai Puspakom... tetapi saya rasa Puspakom sendiri telah melaksanakan banyak usaha untuk mengurangkan salah laku rasuah di pusat berkenaan," katanya hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas dakwaan bahawa berlaku salah laku rasuah dalam kalangan kakitangan Puspakom, khususnya berhubung pemeriksaan kenderaan perdagangan dan teksi.
Liow yang juga Anggota Parlimen Bentong sebelum itu melawat Hospital Bentong serta projek jambatan dan tebatan banjir Sungai Kertau di Felda Lurah Bilut di sini.
Sebuah akhbar hari ini menyiarkan sepucuk surat pembaca yang mendakwa seseorang perlu membayar caj tambahan sebanyak 50 peratus jika mahu memastikan kenderaan perdagangan dan teksi dijamin lulus pemeriksaan Puspakom, dan perkara itu diketahui ramai.
Mengulas lanjut, Liow berkata di pihak kementerian sendiri dua unit khas telah ditubuhkan untuk membanteras rasuah secara agresif dan lebih menyeluruh iaitu Unit Integriti dan Unit Audit Dalaman.
"Menerusi unit ini kita akan dapat kenal pasti isu lebih awal dan ambil tindakan yang lebih cepat. Isu integriti contohnya, jika ada kemusykilan melibatkan soal bekalan boleh terus lapor terus kepada saya atau Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Paul Low Seng Kuan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Liow berkata projek jambatan dan tebatan banjir Sungai Kertau di Felda Lurah Bilut yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran negeri berjaya mengatasi masalah banjir kilat yang berlaku di kawasan itu setiap kali hujan lebat dan musim tengkujuh.
"Sebelum ini setiap kali hujan, penduduk Felda Lurah Bilut sering terputus hubungan apabila jambatan utama yang menghubungkan kawasan ini dengan Bentong dinaiki air.
"Sejak kerajaan melaksanakan projek ini pada November tahun lepas, ia berjaya mengatasi masalah tersebut dan projek dijangka siap sepenuhnya pada akhir bulan ini," kata Liow.
Menurutnya projek itu melibatkan kos RM400,000 dengan tambahan RM200,000 lagi bagi kerja-kerja memperkukuh dan memperindah tebing sungai sepanjang dua kilometer itu. - Bernama
Bernama
Tue Jan 03 2017
LIOW: "Saya bersetuju SPRM perlu masuk untuk pastikan tiada isu rasuah dalam kalangan anggota dan pegawai Puspakom... tetapi saya rasa Puspakom sendiri telah melaksanakan banyak usaha untuk mengurangkan salah laku rasuah." - Gambar fail
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PRU15: 'Perubahan situasi hari ini menakjubkan, membuka mata saya' - Tiong Lai
Tiong Lai antara lain menjelaskan persepsi terhadap 'partinya' kini bertukar 180 darjah dalam tempoh sehari selepas PRU15.
PRU15: Rara berjaya tawan Bentong
Young Syefura Othman dari Pakatan Harapan (PH) berjaya menawan kerusi Parlimen Bentong meskipun bersaing sengit dengan pencabarnya daripada Barisan Nasional (BN), Tan Sri Liong Tiow Lai.
PRU15: 'Sakit hati tengok Bentong ke belakang, rakyat tidak akan tertipu kali kedua' - Tiong Lai
Liow Tiong Lai yakin mampu membawa pembangunan di kawasan itu sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.
PRU15: Young Syefura sah bertanding kerusi Parlimen Bentong
Beliau dijangka berdepan saingan sengit daripada bekas Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dikatakan mahu merebut semula kerusi terbabit.
PRU15: Parlimen Bentong bakal jadi kerusi panas?
Parlimen Bentong menjadi kerusi selamat buat MCA selama 13 PRU sebelum dirampas DAP pada tahun 2018.
PRU15: MCA sokong penuh pencalonan Liow rampas kembali Parlimen Bentong
MCA menyokong penuh pencalonan bekas Ahli Parlimen Bentong Tan Sri Liow Tiong Lai untuk merampas kembali kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Acryl Sani, Nor Shamsiah, Azam Baki, Hadi Awang dianugerah gelaran Tan Sri
Seramai 19 individu menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang turut membawa gelaran Tan Sri.
BN belum terima permohonan rasmi MCA keluar parti
Barisan Nasional menghormati keputusan dibuat parti-parti teras dan apa pun keputusan mesti dibuat secara rasmi untuk tindakan selanjutnya.
Tiong Lai tidak mampu menahan deraian air mata
Dalam ucapan terakhirnya sebagai presiden, Tiong Lai zahirkan penghargaan kepada mereka yang membantu mengembangkan karier politiknya.
Wee Ka Siong presiden baharu MCA
Satu-satunya wakil rakyat MCA di Dewan Rakyat itu, memperoleh 447 undi dan mengatasi saingan terdekatnya Ketua MCA Bahagian Kluang, Gan Ping Sieu yang memperoleh 182 undi.