[TERKINI] Perang Israel-Iran Bakal Tamat? | Trump Umum Gencatan Senjata Penuh. Klik di sini untuk laporan penuh dan reaksi global.
NATIONAL

SPRM buat laporan polis berhubung ciapan palsu guna nama Latheefa Koya

Astro Awani 26/06/2019 | 05:19 MYT
SPRM ingin menasihatkan orang ramai agar tidak menular ciapan palsu itu - Foto Fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat laporan polis berhubung ciapan para jemaah haji ditaja menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menerusi Twitter bawah nama Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya yang tular sejak beberapa hari lalu.
Dalam kenyataan media pada Rabu, SPRM menegaskan bahawa ciapan tersebut palsu yang ditular untuk menjatuhkan imej suruhanjaya itu dan menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.
"Susulan itu, SPRM telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya pada 24 Jun lalu.
"SPRM memandang serius terhadap dakwaan berkenaan kerana ia boleh menimbulkan panik dan keresahan di kalangan masyarakat.
"SPRM ingin menasihatkan orang ramai agar tidak menular ciapan palsu itu dan berharap Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan menjalankan siasatan ke atas perkara berkenaan supaya tindakan tidak bertanggungjawab ini tidak berulang lagi," jelas kenyataan tersebut.
BACA: 'Arahan pulang semula wang tajaan tunai haji?' - Ini reaksi KP SPRM
SPRM menegaskan bahawa ciapan tersebut palsu yang ditular untuk menjatuhkan imej suruhanjaya dan menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat.
#1MDB #fact checker #Latheefa Koya #PDRM #Polis Diraja Malaysia #Semak Fakta #SPRM