awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
PM Wong zahir penghargaan ke atas penyertaan TUDM di Pertujukan Udara Singapura 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM buka 8 kertas siasatan baharu berhubung aset Daim di luar negara

Astro Awani
Astro Awani
22/05/2025
09:55 MYT
SPRM buka 8 kertas siasatan baharu berhubung aset Daim di luar negara
Kata Azam, ia berdasarkan maklumat baharu yang diterima berhubung hartanah dan aset yang dikaitkan dengan Daim, ahli keluarga dan proksinya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Lapan kertas siasatan baharu dibuka dalam siasatan terhadap bekas menteri kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, ia berdasarkan maklumat baharu yang diterima berhubung hartanah dan aset yang dikaitkan dengan Daim, ahli keluarga dan proksinya.
"Kita sekarang sedang berkomunikasi dengan negara luar untuk mendapatkan bahan bukti.
"Jadi aset-aset berkenaan sekiranya benar tidak diisytiharkan adalah merupakan satu kesalahan di bawah akta kami.
"Di sini, walaupun ketiadaan Tun Daim (Allahyarham) lagi, tetapi kita mencadangkan untuk dilucuthakkan kepada kerajaan kerana ini merupakan satu kesalahan dan terpulang kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk bersetuju atau tidak," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya di sini pada Khamis.
Azam berkata, aset itu telah dikesan di Switzerland, United Kingdom, Singapura dan beberapa negara lain.
Sehingga kini, kira-kira RM2 bilion aset yang dikaitkan dengan Daim telah dibekukan sejak siasatan bermula pada Februari 2023.
Topic Berkaitan
#Daim Zainuddin
#Azam Baki
#SPRM
#aset luar negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan