Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan agar pembalak-pembalak haram dikenakan hukuman lebih berat termasuk "hukuman sebat" bagi membolehkan isu ini ditangani habis-habisan dan efektif.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, hukuman penjara yang dikenakan kini dilihat masih belum mencukupi untuk pesalah balak berkenaan.
"Setakat denda sahaja tidak mencukupi. Kalau hukuman penjara tidak mencukupi juga, mungkin kita boleh mengkaji hukuman sebat, bergantung kepada kesesuaian dengan kesalahan yang dilakukan," katanya pada sidang media selepas Majlis Menandatangani Ikrar Integriti dan Pelancaran Kempen Tanpa Hadiah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia di sini, hari ini.
Jelasnya, aspek paling penting yang harus ditekankan kini adalah hukuman yang mempunyai skop penghapusan.
SPRM sebelum ini menahan seorang pegawai kanan polis kerana menerima rasuah berjumlah RM16,000 daripada pembalak haram di Sarawak.
Pegawai berkenaan berjawatan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, ibu pejabat polis di sebuah daerah di Sarawak.
SPRM juga baru-baru ini melancarkan Ops Tukul yang membawa kepada penahanan pembalak-pembalak haram.
Sembilan pembalak haram telah dituduh sejak minggu lalu.
Ops Tukul dilancarkan SPRM bermula 20 Oktober lalu bagi membanteras aktiviti rasuah yang mengakibatkan berleluasanya pembalakan haram.
Tambah Mohd Shukri, Jabatan Perhutanan kini perlu menilai semula sistem dan prosedur yang sedia ada serta memperketatkan undang-undang.
"Kalau ada masalah kelemahan undang-undang atau kekangan prosedur, mohon atasi perkara tersebut secepat mungkin. Kalau pegawai tidak mencukupi, kita kena selesaikan isu tersebut.
"Hal ini sebab saya banyak menerima maklum balas berkenaan pelaksanaan penguatkuasaan di mana kawasan adalah luas dan pegawai tidak mencukupi.
"Pihak-pihak berkenaan haruslah memperluas kuasa mereka kerana ini adalah pelaburan untuk menyelamatkan harta sendiri," katanya.
Mengulas mengenai Ops Tukul, Mohd Shukri berkata, inisiatif penguatkuasaan yang dijalankan oleh SPRM telah menyelamatkan hasil khazanah kerajaan negeri Sarawak sebanyak RM100 juta akibat aktiviti pembalakan haram.
"SPRM telah mengambil tempoh sembilan bulan untuk mengumpul maklumat di Sarawak. Kalau Jabatan Perhutanan berdepan dengan halangan dan kekangan untuk mendapatkan bukti yang mencukupi, SPRM sedia membantu.
"Biasanya, apabila balak dibawa ke pusat pengumpulan balak atau 'log pond', memang sukar untuk mengenal pasti dari kawasan mana balak itu berasal.
"Untuk itu, kita boleh gunakan 'remote sensing', kepakaran forensik dan DNA unuk mengatasi kekangan itu," jelasnya.
Dalam pada itu, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Zoal Azha Yusof turut menyambut baik kerjasama strategik bersama SPRM dalam menangani pembalakan haram dan pencurian pasir.
"Pematuhan kepada Ikrar Integriti serta kempen tanpa hadiah merupakan antara tindakan seterusnya bagi kita. Kita tidak akan berkompromi dengan gejala rasuah dalam apa-apa aspek perhutanan dan alam sekitar," tegasnya.
Astro Awani
Thu Oct 30 2014
MOHD SHUKRI: SPRM cadang hukuman sebat kepada pembalak haram - Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Balak dikeluarkan dahulu sebelum Empangan Nenggiri dibina
Sumber mineral yang terdapat di kawasan empangan itu turut dibenarkan dibawa keluar oleh syarikat yang diberikan konsensi.
Tiada negeri langkaui CTT, keluarkan lesen baharu projek ladang hutan setakat ini - Takiyuddin
Perkara itu dicapai berikutan tindakan proaktif kerajaan yang sentiasa memberi tumpuan untuk melindungi khazanah alam negara.
Pekerja balak mengamuk bakar kereta polis direman tujuh hari
Seorang pekerja balak warga Indonesia yang dipercayai membakar kereta peronda polis ketika mengamuk di Kampung Selengkong Nenasi, Pekan, pada Sabtu direman tujuh hari.
Enam lori balak diarah berpatah balik
Enam lori yang membawa muatan kayu balak diarah berpatah balik ke pusat pengumpulan bagi menyusun semula balak.
Konsesi balak Lenggeng tiada kaitan dengan YNS - SPRM N.Sembilan
Sebaliknya, konsesi balak di kawasan tersebut telah diberikan kepada syarikat lain yang tiada kaitan dengan YNS pada 2013.
Mayat pemandu treler balak terbalik dalam tasik ditemui
Pemandu yang dikhuatiri lemas selepas treler balaknya terbalik ke dalam tasik di Kilometer 47, Jalan Lojing-Gua Musang, di sini, semalam, ditemui maut terperangkap dalam kenderaan itu, hari ini.
Isu pembalakan haram: Pihak berkuasa didakwa 'tutup mata'
Pihak berkuasa didakwa tidak mengambil tindakan tegas terhadap aktiviti pembalakan haram meskipun ia telah berlanjutan sejak bertahun lalu.
Tiada aktiviti pembalakan pada musim tengkujuh - Perhutanan Kelantan
Jabatan Perhutanan Kelantan mengesahkan tiada aktiviti penerokaan tanah dan pembalakkan pada musim tengkujuh dan banjir baru-baru ini.
Jabatan Hutan Sarawak guna teknologi hiperspektral banteras pembalakan haram
Unit Pengesanan Udara Sarawak (SADU) yang beroperasi berasaskan teknologi "remote sensing" menerusi penggunaan Teknologi Hiperspektral pertama di Malaysia.
Remaja perempuan pulang sekolah maut, rakan parah bertembung lori balak
Seorang remaja perempuan maut, manakala rakannya parah selepas motosikal mereka bertembung dengan lori membawa muatan balak.