[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

SPRM cari Kar Lok

Astro Awani 28/12/2022 | 07:48 MYT
SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, individu berkenaan dikenali sebagai Gan Kar Lok, 35 - Foto/SPRM
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Selangor sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes.
SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, individu berkenaan dikenali sebagai Gan Kar Lok, 35.
Jelas suruhajaya itu lagi, alamat terakhir Gan adalah di No. 11A, Jalan Alam Jaya 5, 43200 Cheras, Selangor.
Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat Muhammad Hafizi Kasmuri di talian 013-331 8463.
#Gan Kar Lok #SPRM #SPRM kesan lelaki #bantu siasatan