awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM diminta siasat dakwaan pembelian pengiktirafan palsu

Bernama
Bernama
01/08/2017
10:15 MYT
SPRM diminta siasat dakwaan pembelian pengiktirafan palsu
Patrick Ooi hari ini membuat laporan SPRM dengan mengemukakan laporan siasatan antarabangsa yang mendedahkan kewujudan anugerah palsu.
Penang Front Party (PFP) hari ini meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kerajaan DAP Pulau Pinang yang didakwa membenarkan pembelian pengiktirafan palsu Europe Business Assembly (EBA).
Penasihat PFP Datuk Patrick Ooi berkata SPRM harus dibenar untuk menyiasat kerajaan negeri termasuk Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) ketika itu dan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) kerana didakwa membeli pengiktirafan palsu EBA.
Beliau berkata Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai pemimpin tertinggi kerajaan negeri seharusnya membuat kenyataan mengenai isu itu dan memberi penjelasan adakah MPPP atau MPSP turut membuat bayaran wang kepada EBA, sebuah organisasi yang dikatakan tidak berwibawa.
“Saya harap SPRM akan melakukan siasatan terperinci mengenai perkara ini supaya kebenaran dan keadilan wang rakyat negeri ini dapat dituntut," katanya kepada pemberita di luar bangunan SPRM hari ini.
Terdahulu, beliau membuat laporan SPRM dengan mengemukakan laporan siasatan antarabangsa iaitu ‘The Center for Investigative Reporting of Serbia’ dan ‘The Organised Crime and Corruption Reporting Project’ yang mendedahkan kewujudan anugerah palsu.
Baru-baru ini media mendedahkan anugerah EBA yang diterima MBPP dan MPSP pada 2013 dan 2014 adalah anugerah yang ‘boleh dibeli.’
Datuk Bandar MBPP Datuk Maimunah Mohd Sharif dalam kenyataannya pada Sabtu berkata pihaknya tidak menyedari EBA adalah sebuah badan antarabangsa yang mengaut keuntungan dengan menjual anugerah dan sijil palsu berikutan tidak melihat sebarang perkara mencurigakan ketika menerima pengiktirafan itu.
Maimunah berkata pada 2013 MPPP dicalonkan untuk menerima anugerah dalam senarai ‘The Best Cities’ dan ‘The Best Municipal Managers’ daripada EBA dengan membayar yuran penyertaan sebanyak RM20,680.
Sementara pada 2014, MPSP dicalonkan dalam ‘Best City’ dan ‘Best City Manager’ dengan yuran penyertaan sebanyak RM18,408.10.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anugerah dibeli
#EBA
#Europe Business Assembly
#kerajaan negeri
#Lim Guan Eng
#maimunah mohd sharif
#Patrick Ooi
#pembelian
#Penang Front Party
#pengiktirafan palsu
#Siasat
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan