SPRM fokus kurangkan ketirisan dana, capai sifar rasuah pada 2024 - Azam Baki

Astro Awani
Disember 31, 2023 07:30 MYT
Azam Baki berkata tekad mengurangkan ketirisan dana dan mencapai sifar rasuah adalah bagi memastikan SPRM terus kekal relevan dan efektif dengan gerak kerja yang membantu negara. -Foto fail/SPRM
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memfokus kepada usaha mengurangkan ketirisan dana dan mencapai sifar rasuah.
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata tekad itu adalah bagi memastikan SPRM terus kekal relevan dan efektif dengan gerak kerja yang membantu negara.
"Buat warga SPRM, ingatlah saban tahun kita bakal berhadapan dengan pelbagai cabaran krisis dan tuntutan kerja baharu.
"Semua ini menuntut perubahan dalam cara bekerja berfikir dan bertindak," katanya dalam video perutusan Tahun Baru 2024 yang disiarkan menerusi Facebook SPRM, pada Ahad.
Pada masa sama, Azam turut menggesa seluruh warga SPRM untuk berusaha meningkatkan integriti, kemahiran, serta pengetahuan bagi mencapai visi dan misi SPRM.
Tegasnya, setiap warga SPRM perlu berani berubah, menerokai baharu, tinggalkan yang lapuk dan menghindari kesilapan semasa menjalankan tugas.
#Azam Baki #tahun 2024 #SPRM #azam baharu