MALAYSIA
SPRM gempur sindiket penyeludupan tembakau dan cerut, kerugian cukai lebih RM250 juta
SPRM melakukan serbuan ke atas beberapa syarikat dipercayai terlibat penyeludupan tembakau, rokok dan cerut pada Selasa. - Foto SPRM Johor
JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggempur beberapa syarikat dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan tembakau, rokok dan cerut yang menyebabkan kerugian hasil cukai lebih RM250 juta sejak 2020 hingga 2024.
Ringkasan AI
Serbuan dijalankan menerusi operasi bersepadu Op Sikaro diketuai Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di 14 lokasi sekitar Lembah Klang dan Johor, pada Selasa.
Menurut sumber, serbuan ini dijalankan ke atas premis perniagaan yang menjalankan perniagaan tembakau, cerut dan minuman keras.
"Hasil serbuan, SPRM membekukan akaun perbankan persendirian dan akaun syarikat yang melibatkan nilai kira-kira RM218 juta.
"JKDM turut menggantung lesen import beberapa syarikat yang dikenal pasti terlibat dengan kegiatan berkenaan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan," katanya.
Jelas sumber, sindiket dipercayai turut melibatkan pegawai agensi penguat kuasa.
Katanya, siasatan akan turut menumpukan usaha mengesan serta menyita aset mereka yang terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin mengesahkan serbuan tersebut dan berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).
Tegasnya, SPRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengaut keuntungan melalui rasuah, pengubahan wang haram dan penyeludupan yang merugikan negara.
Ringkasan AI
- SPRM melancarkan Op Sikaro bersama LHDN, BNM dan JKDM terhadap sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan cerut yang menyebabkan kerugian hasil cukai lebih RM250 juta sejak 2020 hingga 2024.
- Serbuan di 14 lokasi sekitar Lembah Klang dan Johor membawa kepada pembekuan akaun bernilai RM218 juta serta penggantungan lesen import beberapa syarikat.
- Siasatan turut melibatkan pegawai penguat kuasa dan tertumpu kepada aktiviti pengubahan wang haram di bawah Akta SPRM 2009 dan AMLATFPUAA 2001.