Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengabadikan nama mendiang Anthony Kevin Morais pada Moot Court di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), Kuala Lumpur yang akan dikenali sebagai Moot Court Kevin Morais.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata langkah itu adalah sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan mendiang.
"Seluruh warga kerja SPRM menyanjung dedikasi tinggi yang telah diperlihatkan oleh mendiang selama berkhidmat dengan SPRM," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Keputusan mengabadikan nama mendiang Kevin Morais itu dibuat selepas mendapat persetujuan Ketua Pesuruhjaya dan Pengurusan Tertinggi SPRM.
Mendiang Kevin Morais merupakan Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan kepada SPRM.
Moot Court MACA dikendalikan oleh Kluster Perundangan dan Pendakwaan dalam menyediakan program latihan berkaitan dengan perundangan dan pendakwaan kepada pegawai SPRM yang mengikuti latihan asas siasatan dan perundangan.
Satu majlis khas mengenang sumbangan beliau akan diadakan sempena sambutan ke-48 BPR/SPRM pada 1 Oktober ini.
Dalam pada itu, dedikasi dan komitmen mendiang Kevin Morais akan menjadi semangat kepada pegawai SPRM untuk meneruskan misi SPRM, khususnya dalam kes rasuah membabitkan doktor hospital tentara kendalian beliau.
Jelas Mohd Syukri, tragedi yang menimpa mendiang adalah satu lagi dugaan kepada SPRM.
Bagaimanapun, kejadian itu tidak melunturkan atau mematahkan semangat pegawai SPRM yang terbabit dalam siasatan kes rasuah membabitkan kes Pakar Patologi, Kolonel Dr R. Kunaseegaran.
Polis percaya doktor hospital tentera berkenaan ada kaitan dengan kematian mendiang.
"Susulan ketiadaan mendiang, urusan pendakwaan kes yang dimaksudkan akan dikendalikan oleh seorang timbalan pendakwa raya kanan yang kini berkhidmat di SPRM," katanya lagi.
Mendiang Kevin Morais, 55, dilaporkan hilang pada 4 September selepas kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta Kuala Lumpur menaiki kereta Proton Perdana untuk ke pejabat di Putrajaya.
Mayat mendiang kemudiannya ditemui dalam tong dram berisi konkrit di Taman Perumahan USJ 1 Persiaran Subang Mewah pada Rabu lalu.
Sehingga kini polis telah menahan reman enam individu termasuk doktor hospital tentera berkenaan bagi membantu siasatan.
Hakim Rahman
Sat Sep 19 2015
SPRM mengabadikan nama mendiang Anthony Kevin Morais (gambar) pada Moot Court di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA). -Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Najib Razak dijangka hadir beri keterangan siasatan kes SRC petang ini
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dijangka hadir bagi memberi keterangan di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), Jalan Tuanku Abdul Halim di sini, jam 5 petang ini.
Pelaku rasuah tidak boleh bersembunyi selamanya - Ketua Pesuruhjaya SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed memberi amaran kepada pelaku rasuah bahawa mereka tidak boleh bersembunyi selama-lamanya.
SPRM hargai sumbangan Kevin Morais, abadi nama mendiang
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata langkah itu adalah sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan mendiang.
Antirasuah: SPRM bantu latih 19 pegawai Palestin
Program yang merangkumi aspek penyiasatan dan pendakwaan diadakan dalam dua peringkat. Program bermula 3 Disember lalu dan akan berakhir 17 Disember ini.