MALAYSIA
SPRM jejak harta Tun Daim di enam negara termasuk UK
SPRM akan menjejak enam negara termasuk United Kingdom (UK) bagi mengesan harta milik bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin serta keluarga dan proksi yang tidak diisytiharkan. - Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menjejak enam negara termasuk United Kingdom (UK) bagi mengesan harta milik bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin serta keluarga dan proksi yang tidak diisytiharkan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya akan memohon kerjasama melalui Mutual Legal Assistance (MLA) yang perlu dilaksanakan melalui Jabatan Peguam Negara.
“Nama kesemua negara itu akan diumumkan selepas ini,” katanya pada sidang akhbar di sini pada Khamis.
Terdahulu, beliau hadir pada Majlis Persaraan Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain.
Pada majlis tersebut, Rosli turut menyerahkan tugas kepada Pengarah SPRM Kelantan baharu, Azmin Yusuff.
Menurut Azam, harta-harta milik Tun Daim yang berada dalam negara akan dipohon untuk dilucuthakkan sekiranya didapati mengandungi unsur-unsur kesalahan mengikut peruntukan undang-undang.
Media tempatan sebelum ini melaporkan bahawa pada 3 Jun lalu, tiga kediaman mewah di London merupakan antara tujuh hartanah dan satu akaun bank bernilai GBP132 juta (RM758.2 juta) yang didakwa milik isteri Tun Daim, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid dan keluarganya telah dibekukan oleh SPRM.
Hasil siasatan SPRM mendapati harta alih dan tidak alih tersebut adalah berkaitan atau menjadi keterangan kepada dakwaan kesalahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.
Bagaimanapun, pada 23 Jun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menggantung sementara perintah pembekuan berkenaan selepas Hakim, Datuk Azhar Abdul Hamid membenarkan permohonan yang dikemukakan oleh peguam Na’imah, Datuk Dr Gurdial Singh Nijar, terhadap perintah pembekuan secara ex parte yang diperoleh SPRM.
Pada 25 Jun lalu pula, SPRM memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi bagi melucut hak Menara Ilham setinggi 60 tingkat yang terletak di Jalan Binjai, Kuala Lumpur, yang turut dikaitkan dengan Tun Daim.
Sebelum itu, pada 22 Mei lalu, Azam mendedahkan bahawa lapan kertas siasatan telah dibuka berdasarkan maklumat baharu daripada agensi luar negara berhubung aset milik Tun Daim, keluarganya dan proksi.
Menurut beliau, maklumat terkini menunjukkan aset tersebut tidak diisytiharkan ketika siasatan SPRM pada tahun 2023. - Sinar Harian