awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM Kelantan tahan penjawat awam didakwa minta rasuah RM45,000

Bernama
Bernama
07/09/2023
08:19 MYT
SPRM Kelantan tahan penjawat awam didakwa minta rasuah RM45,000
Lelaki ditahan kira-kira 9.45 pagi tadi di pejabat SPRM Kelantan ketika diminta hadir memberi keterangan. -Gambar fail/Bernama
KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menahan seorang penjawat awam sebuah jabatan kerajaan di negeri itu kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM45,000.
Menurut sumber lelaki berusia lingkungan 30-an disyaki meminta dan menerima rasuah daripada seorang individu sebagai balasan melantik sebuah syarikat sebagai pembekal untuk program di bawah jabatan kerajaan berkenaan.
Beliau berkata lelaki ditahan kira-kira 9.45 pagi tadi di pejabat SPRM Kelantan ketika diminta hadir memberi keterangan.
"Suspek yang bertugas di sebuah jabatan kerajaan dipercayai menerima wang rasuah kira-kira RM45,000 daripada individu berkenaan.
"Suspek juga dipercayai meniru tandatangan seorang pegawai wanita bagi meluluskan surat pelantikan sebagai pembekal bertujuan memperdayakan pemilik syarikat tersebut untuk membayar wang rasuah yang diminta," katanya.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kelantan Rosli Husain ketika dihubungi mengesahkan tangkapan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#penjawat awam
#Rasuah
#RM45000
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan