MALAYSIA
SPRM keluarkan satu lagi notis pelucuthakan harta dikaitkan dengan Tun Daim - Peguam
SPRM dikatakan mengeluarkan satu lagi notis pelucuthakan harta dikaitkan dengan Allahyarham Tun Daim. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan satu lagi notis pelucuthakan harta yang dikaitkan dengan Allahyarham Tun Daim Zainuddin, kata firma guaman Tetuan Zharif Nizamuddin, yang mewakili keluarga beliau.
Ringkasan AI
Menurut kenyataan itu, notis itu, seperti sebelum ini, tidak menyatakan sebarang kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 atau undang-undang bertulis lain, kecuali pertuduhan berkaitan pematuhan tatacara siasatan di bawah Seksyen 36 Akta SPRM 2009.
Kata kenyataan itu, siasatan terhadap keluarga Allahyarham bermula sejak Februari 2023, namun selepas hampir tiga tahun, tiada penjelasan terbuka diberikan walaupun pelbagai usaha dilakukan oleh pihak keluarga.
“Kegagalan dan salah guna kuasa secara berterusan ini menimbulkan kebimbangan serius mengenai pematuhan terhadap kedaulatan undang-undang. SPRM perlu menjalankan kuasa mengikut undang-undang dan tidak menindas anak guam kami,” kata kenyataan itu.
Firma guaman tersebut menegaskan anak guamnya akan terus memperjuangkan hak undang-undang melalui mahkamah bagi memastikan proses sewajarnya dipatuhi dan perlindungan undang-undang dihormati.
Ringkasan AI
- SPRM mengeluarkan notis pelucuthakan harta yang melibatkan Allahyarham Tun Daim Zainuddin, didakwa tanpa menyatakan kesalahan undang-undang yang jelas.
- Siasatan terhadap keluarga Allahyarham bermula sejak Februari 2023, namun selepas hampir tiga tahun, tiada penjelasan terbuka diberikan.
- Firma guaman mewakili keluarga menyatakan kebimbangan mengenai pematuhan undang-undang oleh SPRM, dan anak guam mereka akan terus perjuangkan hak melalui mahkamah.