awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang peruntuk RM9 juta menerusi inisiatif Makmur Pahang Kluster Siswa 2026 - MB
Najib nafi halang siasatan dalam kes 1MDB dan SRC
Jakarta terus dilanda cuaca ekstrem, banjir sehingga hujung Januari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM kesan 12 individu bantu siasatan kes wang perlindungan

Astro Awani
Astro Awani
02/08/2017
04:48 MYT
SPRM kesan 12 individu bantu siasatan kes wang perlindungan
12 individu ini dikehendaki bagi membantu SPRM dalam siasatan sebuah kes rasuah mengikut Akta SPRM 2009. - Gambar SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan 12 individu bagi membantu siasatan berhubung kegiatan mengutip wang perlindungan daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di Melaka.
Mereka dikehendaki bagi membantu siasatan kes rasuah mengikut Akta SPRM 2009.
"Kesemua mereka dikehendaki bagi membantu siasatan melibatkan penahanan 13 individu termasuk sembilan pegawai dan anggota polis di Melaka pada Mei lalu.
"Semua mereka berusia antara 25 hingga 48 tahun, masing-masing beralamat di Melaka, Selangor dan Johor," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai mereka diminta menghubungi Pegawai Penyiasat SPRM Saiful Amir Hamzah di talian 03-88867592 atau 014-224 4003.
PDRM melakukan rombakan di Melaka selepas Ketua Polis Melaka Tengah dan Jasin ditahan bersama 12 yang lain dalam operasi besar-besaran SPRM atas dakwaan melindungi operasi pusat urut dan judi haram di Melaka.
Topic Berkaitan
#Kes
#Kuala Lumpur
#Polis Diraja Malaysia
#Rasuah
#siasatan
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan