SPRM kesan dua individu bantu siasatan kes rasuah

Bernama
September 3, 2018 03:25 MYT
SPRM sedang mengesan Tee Wee Sing (kanan) dan Ab Rahim Lajis bagi membantu siasatan berkaitan dua kes rasuah. - Foto SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan berkaitan dua kes rasuah.
SPRM dalam kenyataan hari ini berkata dalam kes pertama, individu yang sedang dikesan ialah Tee Wee Sing, 41, beralamat di 98, Jalan Senggarang 2, Taman Sri Senggarang, Batu Pahat, Johor dan No. 7, Jalan Jambu Air, Taman Sentosa di daerah sama.
Sehubungan itu, SPRM meminta sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki itu boleh menghubungi pegawai SPRM, Roazfaniza Roslim di talian 03-8870 0334 atau emel kepada roazfaniza@sprm.gov.my.
SPRM Melaka pula sedang mengesan Ab Rahim Lajis, 57, dengan alamat terakhir di No. 8770-C, Jalan Tiang Dua, Ayer Molek, Melaka.
Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta menghubungi pegawai SPRM, Mohd Zulhairni Ibrahim di talian 06-289 6000 atau 012-689 9375.
-- BERNAMA
#Ab Rahim Lajis #Batu Pahat #Melaka #Rasuah #siasatan #SPRM #Tee Wee Sing