[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

SPRM kesan lelaki Bangladesh bantu siasatan

Bernama 15/12/2021 | 10:22 MYT
SPRM Terengganu sedang mengesan seorang lelaki warga Bangladesh, bagi membantu pengurusan kes agensi penguat kuasa terbabit. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu sedang mengesan seorang lelaki warga Bangladesh, bagi membantu pengurusan kes agensi penguat kuasa terbabit.
Individu yang dikesan itu dikenali sebagai Abdul Ahad Khan berumur 49 tahun.
"Lelaki terbabit merupakan pemegang pasport bernombor EE0016735 BGD dan mempunyai alamat terakhir di No 150-3-6, Villa Flora Condominium, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur," menurut kenyataan dkeluarkan SPRM hari ini.
Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki itu, diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Penguasa Nur Athikah Aziz di talian 017-3432923 atau 09-6301920.
-- BERNAMA
#SPRM #Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia #lelaki warga Bangladesh #Abdul Ahad Khan