awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM kesan Mohammad Zyed Ibrahim untuk bantu siasatan kes penyeludupan

Bernama
Bernama
18/03/2024
16:20 MYT
SPRM kesan Mohammad Zyed Ibrahim untuk bantu siasatan kes penyeludupan
SPRM dalam kenyataan memaklumkan lelaki itu ialah Mohammad Zyed Ibrahim, dengan alamat terakhir di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan berhubung kes Op Samba 2.0 yang melibatkan sindiket penyeludupan tembakau, rokok dan arak.
SPRM dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan lelaki itu ialah Mohammad Zyed Ibrahim, 38, dengan alamat terakhir di Blok A-17-29 Mesahill Apartment Persiaran Ilmu, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.
"Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki ini diminta menghubungi pegawai penyiasat Mohammad Riduwan Mohammad Radzi di talian 016-460 3096 atau e-mel kepada [email protected]," menurut kenyataan itu.
Pada Ahad, sumber SPRM memaklumkan 11 individu termasuk penjawat awam, individu perantara dan tiga pemilik syarikat dengan dua daripada mereka bergelar 'Datuk' telah ditahan sekitar Lembah Klang sejak Isnin lepas kerana disyaki terlibat dalam sindiket penyeludupan tembakau, arak serta rokok.
Kegiatan penyeludupan sindiket terbabit dipercayai telah menyebabkan ketirisan hasil cukai yang dianggarkan lebih RM400 juta dan melibatkan wang rasuah lebih RM8 juta kepada beberapa individu termasuk penjawat awam bagi melancarkan aktiviti itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SPRM
#penyeludupan
#penjawat awam
#hasil cukai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan