MALAYSIA

SPRM kesan Mohd Asri Mahmood bantu siasatan

Bernama 26/09/2025 | 10:16 MYT
Lelaki berusia 49 tahun itu terakhir diketahui menetap di Kampung Wakaf Stan, Kubang Kerian, di Kota Bharu, Kelantan. - Foto SPRM
KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Mohd Asri Mahmood bagi membantu siasatan kes.


Ringkasan AI
  • SPRM kesan Mohd Asri Mahmood, 49 tahun, bagi membantu siasatan kes; kali terakhir menetap di Kampung Wakaf Stan, Kubang Kerian, Kelantan.
  • Orang ramai diminta salur maklumat kepada pegawai penyiasat Pesuruhjaya Rosli Abdul Ghani di talian 011-36020322 atau emel rosli.ghani@sprm.gov.my.
  • SPRM keluarkan kenyataan rasmi memohon kerjasama awam untuk mengesan individu berkenaan.


SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan lelaki berusia 49 tahun itu terakhir diketahui menetap di No. 1330, Kampung Wakaf Stan, Kubang Kerian, di sini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Mohd Asri diminta menghubungi pegawai penyiasat, Pesuruhjaya Rosli Abdul Ghani, di talian 011-36020322 atau melalui emel di rosli.ghani@sprm.gov.my.

-- BERNAMA



#SPRM #Mohd Asri Mahmood #membantu siasatan kes #sedang mengesan