MALAYSIA
SPRM mahu DPA dibawa ke Parlimen segera, perkukuh usaha jejak aset jenayah
Azam (kanan) berkata proses pemulihan aset melalui DPA, hanya terpakai kepada pihak yang melakukan kesalahan jenayah dan bukan kepada urusan perniagaan biasa seperti kutipan cukai. -Foto Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Mekanisme Perjanjian Pendakwaan Tertangguh (DPA) kini berada pada peringkat akhir penelitian di Jabatan Peguam Negara dan dijangka dibawa ke Parlimen dalam masa terdekat, bagi memperkukuh kaedah pemulihan aset negara.
Ringkasan AI
Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata usaha mempercepat pewujudan akta berkaitan DPA adalah penting, kerana negara memerlukan mekanisme yang lebih efektif untuk mendapatkan kembali aset daripada pihak yang melakukan kesalahan jenayah, khususnya berkaitan rasuah dan pengubahan wang haram.
"Isu DPA pada peringkat Peguam Negara sekarang, yang saya percaya pada peringkat akhir. Saya memang nak akta ini cepat mungkin dibawa ke Parlimen, paling tidak pada sesi penggal kedua untuk dibentangkan di Parlimen untuk mendapat keputusan daripada ahli Parlimen.
"Ia penting, kerana kita perlu bergerak ke hadapan dalam hal kita mempunyai kaedah yang lebih baik untuk membuat mendapatkan kembali aset daripada penjenayah," katanya dalam sidang media khas di sini hari ini.
Azam berkata proses pemulihan aset melalui DPA, hanya terpakai kepada pihak yang melakukan kesalahan jenayah dan bukan kepada urusan perniagaan biasa seperti kutipan cukai.
"Pemulihan semula aset di bawah DPA ini, melibatkan mereka melakukan kesalahan, bukan ordinary business macam kita kutip cukai dan sebagainya.
"Ini melibatkan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh mereka di luar sana yang menyalahi undang-undang jenayah negara, termasuklah undang-undang jenayah rasuah, pengubahan wang haram dan lain-lain jenayah lain di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM), di bawah alam sekitar dan sebagainya," katanya.
Mengulas contoh pelaksanaan DPA, Azam menjelaskan bahawa syarikat yang melakukan pencemaran alam sekitar perlu bertanggungjawab untuk memulihkan kawasan terjejas menggunakan kos mereka sendiri, membayar pampasan kepada mangsa serta membayar penalti kepada kerajaan dalam satu penyelesaian yang dipersetujui bersama Peguam Negara.
"Kalau contohnya satu kes melibatkan pencemaran alam sekitar, satu undang-undang jenayah, kalau ada DPA ini, antara kebaikannya ialah syarikat berkenaan kena bertanggungjawab, pertama untuk memulihkan sungai berkenaan dengan kos mereka.
"Yang kedua, mereka kena juga membayar pampasan kepada mereka yang mengalami kecederaan dalam isu pencemaran berkenaan dan mereka perlu membayar penalti kepada kerajaan dengan satu penyelesaian yang dipersetujui antara pihak Peguam Negara dan juga pihak yang membuat kesalahan," katanya.
Azam berkata mekanisme itu membolehkan pendakwaan dilakukan namun ditangguhkan apabila satu penyelesaian dipersetujui, termasuk pemulihan aset yang kemudian boleh dikembalikan kepada kerajaan.
"Maknanya ada pendakwaan boleh dijalankan tetapi ditangguhkan dengan penyelesaian yang tertentu, yang akhirnya ada juga pemulihan aset yang dibuat untuk dikembalikan kepada kerajaan," katanya.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan terkini siasatan terhadap seorang bekas menteri, Azam berkata siasatan masih berjalan dan memerlukan sedikit masa untuk dilengkapkan.
"Kes itu masih berjalan dan pegawai saya perlukan sedikit masa, mungkin satu atau dua minggu dari sekarang untuk menyiapkan siasatan," katanya.
Pada 13 Jan, Azam dilapor berkata SPRM masih menjalankan siasatan terhadap seorang bekas menteri disyaki menerima suapan kira-kira RM5 juta serta kereta mewah membabitkan projek iklan dan pemindahan tanah di ibu negara.
Bagaimanapun Azam berkata pihaknya tidak boleh mendedahkan lagi identiti bekas menteri itu mahupun butiran lanjut berkaitan siasatan.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
Ringkasan AI
- Mekanisme Perjanjian Pendakwaan Tertangguh (DPA) berada pada peringkat akhir penelitian di Jabatan Peguam Negara dan dijangka dibawa ke Parlimen untuk memperkukuh pemulihan aset negara.
- Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menekankan kepentingan pembentukan akta berkaitan DPA bagi mendapatkan semula aset dari pihak yang terlibat dalam jenayah, terutamanya berkaitan rasuah dan pengubahan wang haram.
- Pemulihan aset melalui DPA hanya terpakai kepada mereka yang melakukan kesalahan jenayah, seperti rasuah dan pengubahan wang haram, berbeza dengan urusan perniagaan biasa seperti kutipan cukai; proses ini membolehkan pemulihan aset dan penyelesaian dengan pihak yang bersalah.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata usaha mempercepat pewujudan akta berkaitan DPA adalah penting, kerana negara memerlukan mekanisme yang lebih efektif untuk mendapatkan kembali aset daripada pihak yang melakukan kesalahan jenayah, khususnya berkaitan rasuah dan pengubahan wang haram.
"Isu DPA pada peringkat Peguam Negara sekarang, yang saya percaya pada peringkat akhir. Saya memang nak akta ini cepat mungkin dibawa ke Parlimen, paling tidak pada sesi penggal kedua untuk dibentangkan di Parlimen untuk mendapat keputusan daripada ahli Parlimen.
"Ia penting, kerana kita perlu bergerak ke hadapan dalam hal kita mempunyai kaedah yang lebih baik untuk membuat mendapatkan kembali aset daripada penjenayah," katanya dalam sidang media khas di sini hari ini.
Azam berkata proses pemulihan aset melalui DPA, hanya terpakai kepada pihak yang melakukan kesalahan jenayah dan bukan kepada urusan perniagaan biasa seperti kutipan cukai.
"Pemulihan semula aset di bawah DPA ini, melibatkan mereka melakukan kesalahan, bukan ordinary business macam kita kutip cukai dan sebagainya.
"Ini melibatkan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh mereka di luar sana yang menyalahi undang-undang jenayah negara, termasuklah undang-undang jenayah rasuah, pengubahan wang haram dan lain-lain jenayah lain di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM), di bawah alam sekitar dan sebagainya," katanya.
Mengulas contoh pelaksanaan DPA, Azam menjelaskan bahawa syarikat yang melakukan pencemaran alam sekitar perlu bertanggungjawab untuk memulihkan kawasan terjejas menggunakan kos mereka sendiri, membayar pampasan kepada mangsa serta membayar penalti kepada kerajaan dalam satu penyelesaian yang dipersetujui bersama Peguam Negara.
"Kalau contohnya satu kes melibatkan pencemaran alam sekitar, satu undang-undang jenayah, kalau ada DPA ini, antara kebaikannya ialah syarikat berkenaan kena bertanggungjawab, pertama untuk memulihkan sungai berkenaan dengan kos mereka.
"Yang kedua, mereka kena juga membayar pampasan kepada mereka yang mengalami kecederaan dalam isu pencemaran berkenaan dan mereka perlu membayar penalti kepada kerajaan dengan satu penyelesaian yang dipersetujui antara pihak Peguam Negara dan juga pihak yang membuat kesalahan," katanya.
Azam berkata mekanisme itu membolehkan pendakwaan dilakukan namun ditangguhkan apabila satu penyelesaian dipersetujui, termasuk pemulihan aset yang kemudian boleh dikembalikan kepada kerajaan.
"Maknanya ada pendakwaan boleh dijalankan tetapi ditangguhkan dengan penyelesaian yang tertentu, yang akhirnya ada juga pemulihan aset yang dibuat untuk dikembalikan kepada kerajaan," katanya.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan terkini siasatan terhadap seorang bekas menteri, Azam berkata siasatan masih berjalan dan memerlukan sedikit masa untuk dilengkapkan.
"Kes itu masih berjalan dan pegawai saya perlukan sedikit masa, mungkin satu atau dua minggu dari sekarang untuk menyiapkan siasatan," katanya.
Pada 13 Jan, Azam dilapor berkata SPRM masih menjalankan siasatan terhadap seorang bekas menteri disyaki menerima suapan kira-kira RM5 juta serta kereta mewah membabitkan projek iklan dan pemindahan tanah di ibu negara.
Bagaimanapun Azam berkata pihaknya tidak boleh mendedahkan lagi identiti bekas menteri itu mahupun butiran lanjut berkaitan siasatan.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah Mekanisme Perjanjian Pendakwaan Tertangguh (DPA) dan mengapa penting bagi negara?
A: Mekanisme DPA adalah kaedah untuk mendapatkan semula aset daripada pihak yang melakukan kesalahan jenayah seperti rasuah dan pengubahan wang haram, penting bagi negara mempercepat pemulihan aset dari penjenayah. - Q: Apakah kepentingan DPA dalam pemulihan aset melalui contoh kes pencemaran alam sekitar?
A: DPA membolehkan syarikat yang melakukan kesalahan seperti pencemaran alam sekitar untuk memulihkan kawasan terjejas, membayar pampasan kepada mangsa, dan membayar penalti kepada kerajaan dalam satu penyelesaian yang dipersetujui bersama Peguam Negara. - Q: Bagaimanakah mekanisme DPA membolehkan pendakwaan dilakukan namun ditangguhkan dalam sesuatu kes?
A: Mekanisme DPA membenarkan pendakwaan dilakukan tetapi dapat ditangguhkan apabila penyelesaian dipersetujui, termasuk pemulihan aset yang kemudiannya dikembalikan kepada kerajaan. - Q: Apakah perkembangan terkini siasatan terhadap seorang bekas menteri yang disyaki menerima suapan?
A: Siasatan terhadap bekas menteri yang disyaki menerima suapan sekitar RM5 juta masih berjalan dan memerlukan sedikit masa untuk dilengkapkan menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki. - Q: Kenapakah identiti bekas menteri yang disyaki menerima suapan dalam siasatan belum dapat didedahkan?
A: Identiti bekas menteri yang disyaki menerima suapan dalam siasatan tidak boleh didedahkan oleh pihak SPRM atas sebab kepentingan siasatan yang sedang berjalan.