SPRM masih menggeledah pejabat pemaju di Johor

Shahrul Hassan
Februari 27, 2017 09:50 MYT
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih dalam proses menggeledah beberapa pejabat pemaju bagi mendapatkan dokumen-dokumen berhubung siasatan berhubung isu rasuah dan penyelewengan melibatkan tanah-tanah di negeri Johor.
Bagaimanapun, tidak ada sebarang tangkapan baru dibuat setakat hari ini berhubung siasatan berkenaan.
Menurut sumber menerusi satu kenyataan media menjelaskan, setakat hari ini lebih 15 orang saksi telah diambil keterangan berhubung siasatan kes tersebut.
"Lebih ramai lagi dijangka dipanggil untuk membantu siasatan dalam masa terdekat. SPRM juga masih dalam proses meneliti semua dokumen yang telah dirampas dalam beberapa siri operasi yang dilancarkan sejak 24 Februari 2016.
“Kita dalam proses mendapatkan maklumat-maklumat dan bukti-bukti yang dapat membantu siasatan," jelas kenyataan itu.
BACA: SPRM tahan individu ikut maklumat - MB Johor
BACA: MB Johor serah kepada SPRM siasat kes penyelewengan hartanah
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berhubung siasatan kes tersebut dan meminta semua pihak untuk memberikan masa kepada SPRM untuk menyelesaikan siasatan.
#penyelewengan #Rasuah #SPRM