MALAYSIA
SPRM mohon bantuan kesan rakyat Singapura, Malaysia bantu siasatan
SPRM sedang mengesan warga Singapura, Poh Po Lian (kiri) dan rakyat Malaysia, Jennifer Kok Sau Keng. - Foto SPRM
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga Singapura dan seorang wanita warga Malaysia bagi membantu siasatan kes rasuah.
SPRM dalam kenyataannya memaklumkan pihaknya sedang mengesan warga Singapura, Poh Po Lian, yang alamat terakhirnya ialah unit B-47-3, Pavilion Residence 2, Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.
Turut dikesan ialah Jennifer Kok Sau Keng, yang alamat terakhirnya ialah unit B-24-3, Abadi Villa, off Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
Suruhanjaya itu menambah, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan mereka diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Stefan Lue di talian 017-9028199 atau emel stefan@sprm.gov.my.