awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIBURAN
Kumpulan 4U2C ambil serius isu hak cipta lagu, bincang dengan MACP
MALAYSIA
Ahli perniagaan didenda RM300,000 perdaya Perkeso
MALAYSIA
Kastam Pulau Pinang rampas rokok, minuman keras bernilai RM2.67 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

SPRM mula siasat projek MyKiosk

Astro Awani
Astro Awani
02/07/2025
04:30 MYT
SPRM mula siasat projek MyKiosk
SPRM menerima aduan daripada sebuah parti politik mengenai dakwaan rasuah dan penyelewengan berhubung tender pembinaan MyKiosk. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan berkaitan dakwaan rasuah dan penyelewengan berhubung tender pembinaan MyKiosk oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Ringkasan AI
  • SPRM memulakan siasatan terhadap dakwaan rasuah dan penyelewengan dalam tender pembinaan MyKiosk oleh KPKT selepas menerima aduan daripada sebuah parti politik.
  • Siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan SPRM dan Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT), dengan fokus kepada amalan rasuah serta kepincangan dalam proses tatakelola dan prosedur tender.
  • SPRM mengesahkan siasatan dibuat mengikut peruntukan Akta SPRM 2009 dan telah menerima dokumen berkaitan daripada KPKT serta pihak-pihak terlibat.

Menurut Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus, SPRM menerima aduan daripada sebuah parti politik dan menjalankan siasatan awal berhubung dakwaan berkenaan.
Katanya, Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) juga telah memulakan proses penyiasatan secara serentak.
“Selain KPKT yang telah mengemukakan laporan penuh berhubung proses dan pemberian tender yang berkaitan, beberapa pihak yang terlibat turut memberi sejumlah dokumen berkaitan projek ini.
“Dalam siasatan ini, SPRM akan memberi tumpuan kepada dua perkara iaitu pengesanan sekiranya wujud amalan rasuah dan penyelewengan dalam proses tender,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Katanya, SPRM juga akan meneliti keseluruhan proses tatakelola sekiranya wujud sebarang kepincangan dan pelanggaran peraturan, termasuk sistem dan prosedur yang ditetapkan.
Zainul mengesahkan siasatan dibuat berasaskan kesalahan di bawah Akta SPRM 2009.
Topic Berkaitan
#MyKiosk
#SPRM
#KPKT
#sprm siasat MyKiosk
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami