MALAYSIA
SPRM mula siasat projek MyKiosk
SPRM menerima aduan daripada sebuah parti politik mengenai dakwaan rasuah dan penyelewengan berhubung tender pembinaan MyKiosk. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan berkaitan dakwaan rasuah dan penyelewengan berhubung tender pembinaan MyKiosk oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Ringkasan AI
Menurut Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus, SPRM menerima aduan daripada sebuah parti politik dan menjalankan siasatan awal berhubung dakwaan berkenaan.
Katanya, Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) juga telah memulakan proses penyiasatan secara serentak.
“Selain KPKT yang telah mengemukakan laporan penuh berhubung proses dan pemberian tender yang berkaitan, beberapa pihak yang terlibat turut memberi sejumlah dokumen berkaitan projek ini.
“Dalam siasatan ini, SPRM akan memberi tumpuan kepada dua perkara iaitu pengesanan sekiranya wujud amalan rasuah dan penyelewengan dalam proses tender,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Katanya, SPRM juga akan meneliti keseluruhan proses tatakelola sekiranya wujud sebarang kepincangan dan pelanggaran peraturan, termasuk sistem dan prosedur yang ditetapkan.
Zainul mengesahkan siasatan dibuat berasaskan kesalahan di bawah Akta SPRM 2009.
Ringkasan AI
- SPRM memulakan siasatan terhadap dakwaan rasuah dan penyelewengan dalam tender pembinaan MyKiosk oleh KPKT selepas menerima aduan daripada sebuah parti politik.
- Siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan SPRM dan Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT), dengan fokus kepada amalan rasuah serta kepincangan dalam proses tatakelola dan prosedur tender.
- SPRM mengesahkan siasatan dibuat mengikut peruntukan Akta SPRM 2009 dan telah menerima dokumen berkaitan daripada KPKT serta pihak-pihak terlibat.