awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perunding perjanjian plastik global berkumpul lantik pengerusi baharu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM nafi keluar kenyataan penemuan RM94 juta di kediaman bekas menteri

Bernama
Bernama
04/11/2024
13:58 MYT
SPRM nafi keluar kenyataan penemuan RM94 juta di kediaman bekas menteri
SPRM menegaskan bahawa tiada sebarang kenyataan telah dibuat oleh SPRM atau Ketua Pesuruhjayanya berkaitan penemuan jumlah tersebut di kediaman bekas menteri. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan membuat kenyataan yang mendakwa bahawa RM94 juta ditemui di kediaman bekas menteri.
SPRM menegaskan bahawa Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki tidak pernah membuat sebarang kenyataan mengenai penemuan RM94 juta di kediaman bekas menteri, seperti yang didakwa oleh Ahli Parlimen Pendang Datuk Awang Hashim di Dewan Rakyat hari ini.
"Walaupun SPRM menghormati hak Ahli Parlimen untuk menyuarakan pandangan mereka secara bebas, adalah penting agar kenyataan yang dibuat berasaskan fakta yang tepat untuk mengelakkan kekeliruan," menurut kenyataannya di sini hari ini.
SPRM juga sekali lagi menegaskan bahawa tiada sebarang kenyataan telah dibuat oleh SPRM atau Ketua Pesuruhjayanya berkaitan penemuan jumlah tersebut di kediaman bekas menteri.
Terdahulu, perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat bertukar menjadi kecoh apabila isu wang tunai RM94 juta yang didakwa ditemui di kediaman seorang bekas menteri daripada DAP dibangkitkan oleh Awang Hashim (PN-Pendang).
Awang mempersoalkan mengenai perkembangan siasatan kes tersebut walaupun sudah lebih setahun ia berlalu.
Susulan itu, RSN Rayer (PH-Jelutong) memberi tempoh 24 jam kepada Awang untuk mendedahkan nama pemimpin DAP yang didakwanya menyimpan wang berjumlah RM94 juta di rumah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#DAP
#SPRM
#Rang Undang-Undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan