MALAYSIA
SPRM nafi salah laku, acu pistol ke kepala Albert Tei, tegaskan pegawai pakai kamera badan
Azam (tengah) bersama Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Ahmad Khusairi Yahaya dan Pengarah Kanan Bahagian Siasatan, Datuk Zainul Darus. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan semua bahan bukti termasuk rakaman video direkodkan semasa tindakan ke atas kediaman ahli perniagaan Albert Tei, sekali gus menolak dakwaan salah laku pegawai operasi ketika serbuan tersebut.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pegawai yang terlibat dilengkapi dengan alat rakaman termasuk kamera badan bagi memastikan setiap prosedur dipatuhi.
"Semua tindakan dijalankan mengikut prosedur undang-undang dan pegawai kita dibekalkan dengan (alatan untuk) rakaman yang dibuat.
"Semua ada bahan bukti yang boleh menolak semua dakwaan berkenaan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada Rabu.
Tambahnya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kediaman terbabit juga diambil SPRM dan laporan polis dibuat bagi menunjukkan bahawa tiada isu salah guna kuasa oleh pegawai operasi.
Jelas Azam, SPRM melaksanakan tugas dengan mematuhi undang-undang dan prosedur operasi standard (SOP).
"Dalam tindakan kita menguatkuasakan undang-undang, kita boleh mengambil apa-apa juga ekshibit yang difikirkan adalah perlu dan patut untuk membantu siasatan," ujarnya.
Selain itu, Azam turut menafikan dakwaan pegawai operasi mengacukan pistol ke kepala Albert ketika menjalankan tangkapan terhadapnya pada Jumaat lalu.
"(Ada) tohmahan daripada isteri beliau (Albert) kononnya pegawai saya acukan pistol.
"Kita buat laporan polis dan saya serahkan kepada pihak polis untuk jalankan siasatan dan kami terbuka dalam hal ini. Kita serahkan bukti rakaman kepada pihak polis dan pegawai saya terlibat dalam kes (operasi) telah dipanggil bantu siasatan polis. Jadi tiada apa yang perlu dilindungi," ujarnya.
Mengulas mengenai dakwaan SPRM merampas barangan berharga milik ahli perniagaan itu tanpa pengetahuan, Azam menegaskan, senarai barangan rampasan sudah diserahkan kepada Albert pada hari tangkapannya dan ia ditandatangani sendiri olehnya.
Media sebelum ini melaporkan, beberapa barangan seperti telefon bimbit, iPad dan perakam video digital yang disita hasil serbuan di kediaman Albert Tei ialah antara bahan bukti kes yang disiasat.