SPRM nafi Syed Saddiq ditahan

Astro Awani
Julai 17, 2020 09:35 MYT
Syed Saddiq berterima kasih atas usaha yang dibuat pihak SPRM. - Gambar fail
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan laporan blog yang mendakwa bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ditahan sebentar tadi.
Dakwaan tersebut disangkal Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki dalam satu mesej ringkas kepada Astro AWANI pada Jumaat.
"Tidak betul," katanya ketika dihubungi jam 5 petang Jumaat.
Sebelum ini, beberapa blog mendakwa Ahli Parlimen Muar itu telah ditahan berhubung kes siasatan kehilangan wang yang didakwa milik Armada.
Pada Khamis, Syed Saddiq menerusi akaun media sosialnya memberitahu dia dipanggil SPRM buat kali kedua bagi membantu siasatan kes berkenaan.
"Saya nak ucap terima kasih kepada semua pegawai SPRM yang bantu dalam siasatan.
"Mereka tekun bertugas dan saya faham tuntutan kerja masing-masing. Yang penting, kita jujur dan bertanggungjawab." katanya dalam kemas kini di Instagram pada Khamis malam.

Balik rumah jumpa Toby, hilang terus penat. Saya nak ucap terima kasih kepada semua pegawai SPRM yang membantu dalam siasatan. Mereka tekun bertugas dan saya faham tuntutan kerja masing-masing. Yang penting, kita bekerja dengan jujur dan bertanggungjawab. pic.twitter.com/FS00F5dtLX

— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) July 16, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
SPRM membuka kertas siasatan berhubung kes kehilangan wang tersebut pada Mac lalu dan ibu bapa serta beberapa pemimpin Armada telah dipanggil memberi keterangan.
Pihak SPRM turut menemui dan merampas wang tunai RM600,000 daripada dua ahli Armada dipercayai wang parti yang disalah guna.
#ARMADA #Azam Baki #Bersatu #PPBM #Siasatan SPRM Syed Saddiq #SPRM #Syed Saddiq Ditahan