Skip to main content

Malaysia

SPRM N.Sembilan kesan lelaki bantu siasatan kes

41675256464_SPRMLogoSPRM.jpg
SEREMBAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes yang dijalankan pihak mereka.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan lelaki berkenaan dikenali sebagai P. Devendran, 36, yang beralamat terakhir di No. 66B, Kampung Pasir Rasah, di sini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat Mohamad Nazif Haikal Jalaludin di talian 013-4078684 atau e-mel kepada [email protected], menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video