awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM Pahang tumpu isu rakyat untuk bendung rasuah

Bernama
Bernama
05/02/2018
11:52 MYT
SPRM Pahang tumpu isu rakyat untuk bendung rasuah
Ahmad Khusairi (tengah) menyaksikan penyerahan nota serah tugas oleh Alias (kiri) kepada penggantinya Azmi pada Majlis Serah Terima Tugas Pengarah SPRM Pahang di Kompleks SPRM Pahang hari ini. --fotoBERNAMA
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang akan terus memfokuskan kepada beberapa isu yang dekat di hati rakyat dalam usaha membendung gejala rasuah.
Pengarah SPRM Pahang, Datuk Azmi Kamaruzaman, berkata antara isu dikenal pasti adalah perlombongan bauksit haram secara berleluasa berikutan ketirisan dalam beberapa jabatan kerajaan sehingga kerajaan terpaksa mengenakan moratorium untuk aktiviti itu.
"Banyak isu dekat di hati rakyat negeri ini bukan hanya berkenaan bauksit sahaja, tetapi banyak lagi isu lain...kita akan lihat pelbagai perkara dalam hal ini supaya hak rakyat dapat dikembalikan.
"Itu fokus kita pada tahun ini selaras dengan arahan pucuk pimpinan SPRM," katanya kepada pemberita pada majlis serah tugas jawatan Pengarah SPRM Pahang yang disaksikan Pengarah Bahagian Perisikan SPRM Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahya di sini, hari ini.
Azmi yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Pengarah Bahagian Perisikan SPRM menggantikan Datuk Alias Salim yang dilantik sebagai Pengarah SPRM Selangor.
Azmi berkata, pihaknya tahu media adalah pihak sentiasa berada di lapangan dan mendengar keluhan rakyat yang boleh dikongsikan dengan SPRM Pahang untuk tindakan lanjut.
Dalam pada itu, Azmi yang memulakan tugas rasminya pada 15 Jan lepas, berkata setakat ini sebanyak 68 agensi dan jabatan kerajaan telahpun menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dan pihaknya menyasarkan 50 agensi kerajaan di negeri ini yang belum menandatanganinya.
Selain itu sebanyak 12,000 anggota masyarakat terdiri daripada penjawat awam, orang perseorangan dan NGO juga telah berdaftar sebagai ahli Gerakan Revolusi Anti Rasuah di peringkat negeri Pahang sejak dilancarkan 1 Ogos lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Khusairi Yahya
#Azmi Kamaruzaman
#bauksit
#GERAKAN
#haram
#kerajaan
#Kuantan
#Malaysia
#Media
#Moratorium
#NGO
#Pahang
#Rasuah
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan