MALAYSIA
SPRM perkukuh siasatan forensik, fokus pemulihan aset selaras RMK13
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata langkah itu selaras dengan RMK13) dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang menekankan keperluan memperkukuh tatakelola, integriti dan akauntabiliti negara. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan terus memperhebat usaha memerangi rasuah, ketirisan dan salah guna kuasa menerusi peningkatan kapasiti operasi, siasatan forensik, pemulihan aset serta langkah pencegahan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata langkah itu selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang menekankan keperluan memperkukuh tatakelola, integriti dan akauntabiliti negara.
Beliau berkata pihaknya juga memberikan fokus kepada pendidikan integriti dalam masyarakat agar pembudayaan nilai itu dapat melahirkan rakyat yang bermaruah dan berdaya tahan.
"SPRM memahami harapan rakyat dan akan melaksanakan amanah ini dengan sebaik mungkin demi menjadikan Malaysia bebas rasuah, seterusnya memperkukuh ekonomi negara.
"Kami juga berdiri teguh bersama kerajaan dan rakyat untuk menjayakan aspirasi RMK13 agar pembangunan sosioekonomi negara kekal mampan serta memanfaatkan rakyat secara adil dan saksama," katanya.
RMK13 yang dibentangkan Perdana Menteri di Parlimen semalam bertemakan 'Melakar Semula Pembangunan' memfokuskan pada tiga teras utama Ekonomi Madani termasuk memperkukuh takelola baik dengan memastikan perkhidmatan awam yang telus, cekap dan responsif serta memperkukuh kepercayaan rakyat.
-- BERNAMA