MALAYSIA
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Azam berkata, tanggungjawab agensi itu tertumpu kepada proses penyitaan dan pelucutan aset hasil rasuah, manakala pengurusan serta perbelanjaan wang berkenaan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan dan MOF. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan peranannya adalah untuk memastikan wang hasil rasuah yang dicuri daripada negara berjaya dirampas dan dipulangkan semula kepada kerajaan demi kepentingan rakyat.
Ringkasan AI
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, tanggungjawab agensi itu tertumpu kepada proses penyitaan dan pelucutan aset hasil rasuah, manakala pengurusan serta perbelanjaan wang berkenaan adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan (MOF).
“Tugas kami adalah untuk menyita dan seterusnya melucut hak wang itu kepada kerajaan di bawah Kementerian Kewangan (MOF). Bukan tugas kami untuk memastikan ke mana wang itu dibelanjakan. Itu adalah tanggungjawab MOF,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri sesi menandatangani Nota Kerjasama antara SPRM dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, di Menara Seri Wilayah pada Selasa.
Azam berkata, tindakan memulangkan dana berbilion ringgit itu membuktikan komitmen SPRM dalam memastikan ketelusan serta integriti dalam pengurusan kewangan negara, sekali gus mengembalikan hak rakyat yang telah dirampas melalui perbuatan rasuah.
“Bagaimana wang itu dibelanjakan oleh kerajaan adalah terpulang kepada kerajaan,” jelasnya.
Beliau mengulas kenyataan Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berhubung pemulihan RM8.5 bilion hasil haram oleh SPRM hanya akan memberi makna sekiranya wang itu digunakan secara telus, memberikan manfaat nyata kepada rakyat serta disusuli dengan hukuman tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab.
Menurut Jais, jumlah RM8.5 bilion yang berjaya diperoleh semula SPRM tahun lalu merupakan pencapaian besar dari sudut penguatkuasaan, namun pada masa sama mencerminkan tahap rasuah yang sudah membimbangkan dan bersifat sistemik.
“Jumlah RM8.5 bilion bukannya angka kecil. Ini membuktikan rasuah bukan lagi kes terpencil, sebaliknya berakar umbi dalam projek besar, perolehan awam, pelesenan, kelulusan serta pentadbiran,” katanya.
Sepanjang tempoh 1 Januari hingga 31 Disember 2025, SPRM merekodkan kejayaan besar apabila berjaya merampas dan memulihkan hasil rasuah berjumlah lebih RM8.5 bilion.
Ia dilaksanakan menerusi pelbagai tindakan penguatkuasaan termasuk sitaan aset dan wang, pembekuan akaun, lucut hak, kompaun serta penyelesaian (settlement).
Ringkasan AI
- SPRM menegaskan perannya dalam merampas dan memulangkan wang hasil rasuah demi kepentingan rakyat, sambil menekankan tugas agensi itu adalah pada proses penyitaan aset rasuah.
- Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, menyatakan bahawa SPRM bertanggungjawab untuk melucutkan hak wang rasuah kepada kerajaan di bawah MOF, bukannya mengawal cara wang tersebut dibelanjakan.
- Berjaya merampas dan memulihkan lebih RM8.5 bilion hasil rasuah, SPRM menunjukkan komitmen dalam memastikan ketelusan dan integriti dalam pengurusan kewangan negara serta memulangkan hak rakyat yang dirampas melalui rasuah.