awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bas terjunam ke dalam gaung di lokasi pelancongan Turkiye, 8 maut
Penganjuran Festival Muzikal Air akan disesuaikan - Zahid Hamidi
Warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah berkunci
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM rampas RM31.4 bilion, lucut hak aset rm28 bilion dalam tempoh lima tahun

Bernama
Bernama
15/08/2025
03:45 MYT
SPRM rampas RM31.4 bilion, lucut hak aset rm28 bilion dalam tempoh lima tahun
Azam berkata operasi dijalankan itu adalah bukti jelas SPRM proaktif dalam mengesan, menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat dalam aktiviti rasuah dan penggubahan wang haram. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas aset bernilai RM31.4 bilion hasil aktiviti rasuah sejak lima tahun lepas.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata suruhanjaya itu juga berjaya melaksanakan tindakan pelucuthakan terhadap aset bernilai hampir RM28 bilion dalam tempoh yang sama.
Beliau berkata jumlah berkenaan termasuk sitaan aset bernilai kira-kira RM183 juta susulan serbuan terhadap sindiket penyeludupan menerusi Ops Metal.
"Turut disita aset hartanah bernilai RM620 juta dalam siasatan projek pembangunan rangkaian fiber dan aset wang tunai, kereta mewah serta akaun bank bernilai RM36 juta dalam kes penyelewengan dana pembinaan lebuh raya.
"SPRM juga menyita aset mewah bernilai RM32 juta dari kediaman seorang 'Tan Sri' yang melibatkan 217 jam tangan mewah dan 27 tas tangan berjenama," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Selain itu, beliau berkata Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM hingga kini sedang menguruskan 41 harta tidak alih seperti tanah dan bangunan yang masih menunggu pelupusan.
Azam berkata operasi dijalankan itu adalah bukti jelas SPRM proaktif dalam mengesan, menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat dalam aktiviti rasuah dan penggubahan wang haram.
"Angka ini bukan sekadar statistik malah mencerminkan komitmen SPRM dalam memulihkan aset hasil jenayah kepada negara," katanya.
Beliau berkata usaha itu juga bukan sahaja mengembalikan hasil kepada negara tetapi juga membina keyakinan rakyat terhadap agensi penguat kuasa di negara ini.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#Rasuah
#SPRM
#lucut hak aset
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan